Pengaruh kefahaman konsep ekonomi, sikap terhadap ekonomi dan pendekatan pembelajaran ekonomi terhadap konsep kendiri pelajar ekonomi

Syahrul Nizam Salam (2019) Pengaruh kefahaman konsep ekonomi, sikap terhadap ekonomi dan pendekatan pembelajaran ekonomi terhadap konsep kendiri pelajar ekonomi. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (852kB)
[img] Text
FULLTEXT..pdf
Restricted to Registered users only

Download (46MB)

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat pengaruh kefahaman konsep ekonomi (KKE), sikap terhadap ekonomi (STE) dan pendekatan pembelajaran ekonomi (PPE) terhadap konsep kendiri pelajar ekonomi (KKPE) peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sabah. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian serta melibatkan seramai 402 responden melalui teknik pensampelan berperingkat. Data kajian telah dianalisis menggunakan statistik SPSS versi 22.0 dan analisis AMOS. Data telah dianalisis secara deskriptif melibatkan min, sisihan piawai, peratus dan kekerapan manakala analisis inferensi menggunakan ujian t, ANOVA sehala, korelasi Pearson dan regresi berganda serta analisis SEM. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman konsep ekonomi (KKE) khususnya konstruk mikroekonomi adalah tinggi berbanding makroekonomi. Manakala tahap sikap terhadap ekonomi (STE) khususnya konstruk minat dan kepraktikalan adalah sederhana tinggi. Tahap pendekatan pembelajaran ekonomi (PPE) khususnya konstruk pendekatan memahami dan hafalan juga sederhana tinggi. Sementara, ta hap konsep kendiri pelajar ekonomi (KKPE) pula, juga adalah sederhana tinggi. Keputusan ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina, semester dan lokasi manakala ujian ANOVA sehala berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman konsep ekonomi (KKE), sikap terhadap ekonomi (STE) dan pendekatan pembelajaran ekonomi (PPE) dengan konsep kendiri pelajar ekonomi (KKPE). Bagi analisis regresi berganda, menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan faktor peramal terhadap konsep kendiri pelajar ekonomi (KKPE). Analisis AMOS juga menunjukkan data mempunyai kesepadanan dan mengukuhkan lagi dapatan analisis regresi berganda. Kajian ini mencadangkan, konsep kendiri pelajar ekonomi (KKPE) perlu sentiasa dititikberatkan agar pencapaian dan prestasi khususnya subjek Ekonomi peringkat STPM sentiasa meningkat dan berdaya saing dengan mata pelajaran yang lain bagi memudahkan pelajar melanjutkan pengajian pada peringkat tertiari nanti seperti memasuki universiti atau kolej agar lebih bersedia ke alam kerjaya kelak.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Ekonomi, Konsep kendiri, Pelajar ekonomi
Subjects: H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography > HB71-74 Economics as a science. Relation to other subjects
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 16 Nov 2023 10:12
Last Modified: 16 Nov 2023 10:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37588

Actions (login required)

View Item View Item