Siti Aminah Tengah @ Mohammad (2007) Menentukan kesan hidroterma terhadap serbuk sekam padi sebagai pengisi di dalam adunan getah asli. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
mt0000000039.pdf Download (3MB) | Preview |
Abstract
Dalam membantu mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar, sisa-agro iaitu sekam padi digunakan dalam kajian ini sebagai pengisi dalam adunan getah. Sebanyak tiga resipi dibuat iaitu serbuk sekam padi sebagai pengisi dalam getah asli, serbuk sekam padi sebagai pengisi getah asli ditambah agen pengikat getah asli terepoksida (ENR) dan serbuk sekam padi sebagai pengisi getah asli ditambah agen penggandingan silane (Si69). Setiap sam pel mempunyai beban pengisi serbuk sekam padi yang berbeza-beza dan direndam di dalam air suling pada suhu 27°C, 50°C, dan 80°C selama 2 bulan dan setiap 24 jam sam pel ditimbang untuk menentukan peratus pembengkakan. Didapati penambahan beban pengisi serbuk sekam padi pada adunan getah akan meningkatkan pembengkakan sampel. Ini disebabkan kandungan silika dalam serbuk sekam padi yang menyerap air. Manakala serbuk sekam padi sebagai pengisi getah asli ditambah dengan agen pengikat getah asli terepoksida (ENR) mempunyai rintangan air yang rendah berbanding sampel kawalan, dan serbuk sekam padi sebagai pengisi getah asli ditambah agen penggandingan silane (Si69) mempunyai rintangan air yang tinggi pada suhu 27°C hingga 50°C berbanding serbuk sekam padi sebagai pengisi getah asli ditambah dengan agen pengikat getah asli terepoksida (ENR), ini disebabkan keupayaan Si69 untuk membentuk lapisan perlindungan pada zon antara muka yang telah menghalang resapan terus molekul-molekul air kepada pengisi.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Environmental, Rice hush powder, Natural rubber, Agro-waste |
Subjects: | Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK710-899 Plant physiology |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 29 May 2012 13:04 |
Last Modified: | 14 Nov 2017 15:35 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3764 |
Actions (login required)
View Item |