Pengaruh motivasi dan persepsi sokongan sosial ke atas kualiti hidup belia miskin tegar di Sabah : sikap keusahawanan sebagai mediator

Jainab Ahmad (2018) Pengaruh motivasi dan persepsi sokongan sosial ke atas kualiti hidup belia miskin tegar di Sabah : sikap keusahawanan sebagai mediator. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (906kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (10MB)

Abstract

Kajian bertujuan mengkaji pengaruh motivasi dan persepsi sokongan sosial ke atas kualiti hidup belia miskin tegar di Sabah. Kajian juga mengkaji peranan sikap keusahawanan sebagai pengantara hubungan antara motivasi dengan kualiti hidup. Komponen kualiti hidup yang cuba dikaji terdiri daripada empat, iaitu fizikal, psikologi, sosial dan persekitaran yang mana merupakan gabungan penunjuk objektif dan subjektif kualiti hidup. Kajian dijalankan ke atas 744 belia miskin tegar dari 11 daerah di Sabah. Kajian secara kuantitatif menggunakan metod tinjauan set soal selidik sebagai instrumen kajian dan Statistical Packages of Social Science (SPSS) versi 24.0 digunakan untuk menganalisis hasil kajian. Hasil kajian mendapati bahawa motivasi (intrinsik dan luaran) dan persepsi sokongan sosial mempengaruhi kualiti hidup golongan belia miskin tegar di Sabah. Motivasi secara konstruk keseluruhan memberi pengaruh yang lebih kuat ke atas kualiti hidup komponen fizikal, manakala persepsi sokongan sosial memberikan pengaruh yang kuat ke atas komponen sosial. Kajian juga mendapati terdapat peranan sikap keusahawanan sebagai pengantara ke atas hubungan motivasi dengan komponen kualiti hidup psikologi dan sosial golongan belia miskin tegar di Sabah. Implikasi kajian dapat mengenal pasti peranan penunjuk psikologi yang ada dalam diri belia miskin tegar yang mana berperanan secara positif dalam membantu belia miskin tegar meningkatkan kualiti hidup mereka.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Motivasi, Persepsi sokongan sosial, Sikap keusahawanan, Kualiti hidup, Belia, Miskin tegar
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF501-505 Motivation
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Nov 2023 14:56
Last Modified: 24 Nov 2023 14:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37644

Actions (login required)

View Item View Item