Pencirian bahan terhadap najis Orang Utan menggunakan teknik pembelauan Sinar-X (XRD)

Fadzlina Abdul Hamid (2004) Pencirian bahan terhadap najis Orang Utan menggunakan teknik pembelauan Sinar-X (XRD). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000652.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tiga sampel najis orang utan yang tidak diketahui komposisi kandungannya secara terperinci telah dianalisis bagi mengetahui kandungan komposisi yang mungkin diperolehi dan mendapatkan perbezaan nilai 20 dengan menggunakan teknik pembelauan sinar-X (XRD). Semua sampel yang telah dianalisis diperolehi daripada klinik haiwan di Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Sabah. Penyediaan sampel telah dilakukan dengan kaedah yang mudah di mana ketiga-tiga sampel dilabelkan mengikut jantina dan umur di mana ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu sam pel A, sampel B dan sampel C. Sampel A merupakan najis orang utan jantan dewasa berusia 21 tahun manakala sampel B pula merupakan najis orang utan betina dewasa berusia 25 tahun dan sampel C adalah najis bayi orang utan berusia 1 setengah tahun. Kandungan najis haiwan yang diketahui secara pembacaan adalah nitrogen, fosforus (daripada huraian asid urik), selenium dan kuprum. Kandungan air yang dibebaskan oleh asid urik dihitung secara manual unsur ferum pula didapati dalam sampel najis bayi orang utan dan najis orang utan jantan dewasa. Diffraktometer yang digunakan adalah jenis Philips X'Pert PRO XRD MPD. Sinar-X yang digunakan adalah sinar-X jenis CuKa a ( ƛ = 1.5405600 A ) dan julat sudut 10° hingga 65° 20 dengan saiz langkah 0.54° dan masa per langkah 0.5 saat. Hasil analisis mendapati bahawa perbezaan nilai 20 sampel secara pemerhatian dengan nilai 20 secara pengiraan tidak mempunyai perbezaan yang ketara. Nilai perbezaan yang didapati dalam kajian ini adalah berbeza mengikut jantina. Nilai FWHM yang diperolehi pula membuktikan bahawa sampel merupakan unsur yang tergolong dalam kumpulan hablur dan 1erdapat sedikit ciri-ciri amorfus di dalamnya.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Orang Utan, Sepilok Orang Utans's, Orang Utan' s excrement
Subjects: Q Science > QC Physics
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 13 Jul 2012 10:52
Last Modified: 23 Oct 2017 11:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3765

Actions (login required)

View Item View Item