Pengaruh penggunaan internet dan jenis gaya keibubapaan terhadap kesejahteraan subjektif remaja

Rickless Das (2017) Pengaruh penggunaan internet dan jenis gaya keibubapaan terhadap kesejahteraan subjektif remaja. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (858kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (15MB)

Abstract

Peningkatan tranformasi teknologi maklumat di Negara kita membawa impak yang besar kepada masyarakat. Seiring dengan perkembangan ini, remaja khususnya dilihat aktif dalam pelbagai kegiatan yang melibatkan internet. Kesannya, tahap penggunaan internet remaja semakin meningkat. Selain daripada itu, kesejahteraan subjektif remaja juga turut dipengaruhi. Menyedari isu ini, faktor gaya keibubapaan harus diteliti dalam dimensi penggunaan internet dan kesejahteraan subjektif ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh penggunaan internet dan gaya keibubapaan terhadap kesejahteraan subjektif remaja. Seramai 318 remaja di sekitar Kota Kinabalu terlibat dan kaedah kajian adalah berbentuk tinjauan iaitu soal selidik. Soal selidik yang digunakan adalah Internet Addiction Test (Hon, 2012) bagi melihat penggunaan internet remaja, Parenting Questionaire Authority (Hamidah, 2013) untuk melihat jenis gaya keibubapaan dan tiga soal selidik untuk mengukur kesejahteraan subjektif remaja iaitu Students' Life Satisfaction Scale oleh Huebner (1991) untuk melihat kepuasan hidup, Subjective Happiness Scale (Ferlis et al./ 2010) untuk melihat tahap kebahagiaan remaja dan Positive and Negative Affect Scale (Ferlis et al., 2011) untuk melihat afek positif dan negatif remaja. Hasil kajian mendapati remaja dalam ketagihan internet sebanyak 18 kekerapan manakala golongan berisiko sebanyak 181 kekerapan dan pengguna normal sebanyak 119 kekerapan manakala tahap kesejahteraan subjektif dalam tahap sederhana. Secara keseluruhan, remaja mempersepsikan gaya keibubapaan ibu dan bapa mereka sebagai autoritatif manakala tahap kesejahteraan subjektif remaja secara keseluruhannya di tahap sederhana. Hasil analisis regrasi hierarki pelbagai mendapati modal regrasi yang mengandungi gaya keibubapaan ibu dan bapa autoritatif signifikan mempengaruhi kepuasan hidup dan afek positif remaja, manakala bapa autoritarian signifikan mempengaruhi kepuasan hidup dan afek positif remaja sementara ibu autoritarian dan bapa autoritatif signifikan mempengaruhi kebahagiaan remaja. Hasil interaksi gaya keibubapaan dan penggunaan internet mendapati gaya keibubapaan (F (3,314)=5.241, k<.05) signifikan berperanan sebagai moderator dalam hubungan antara penggunaan internet dengan afek negatif (Beta=.115), (t=2.062), hasil yang sama didapati dalam kesaninteraksi gaya keibubapaan bapa autoritarian (F c3,314)=5.185, k<.05 dan penggunaan internet terhadap afek negatif (Beta=.113), (t=2.033). Diharapkan penyelidikan ini dapat memberi sedikit sebanyak input yang berguna kepada masyarakat khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia, Institusi Kekeluargaan dan pendidikan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Internet, Remaja, Keibubapaan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Nov 2023 15:01
Last Modified: 24 Nov 2023 15:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37656

Actions (login required)

View Item View Item