Peranan personaliti introvert dalam hubungan antara perapatan, pendidikan seks dan penghargaan kendiri dengan tingkah laku seksual bebas remaja lelaki : satu kajian di pusat pemulihan di Sabah

Dasing Matanggal (2018) Peranan personaliti introvert dalam hubungan antara perapatan, pendidikan seks dan penghargaan kendiri dengan tingkah laku seksual bebas remaja lelaki : satu kajian di pusat pemulihan di Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (757kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (10MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana hubungan antara perapatan ibu bapa, perapatan rakan sebaya, pendidikan seks dan penghargaan kendiri dengan tingkah laku seksual bebas remaja lelaki. Kajian ini juga bertujuan untuk menguji peranan personaliti introvert dalam hubungan antara perapatan ibu bapa, perapatan rakan sebaya, pendidikan seks dan penghargaan kendiri dengan tingkah laku seksual bebas remaja lelaki. Seramai 420 orang responden digunakan dalam kajian ini yang terdiri daripada golongan remaja lelaki berumur lingkungan 14 hingga 21 tahun dari tiga buah pusat pemulihan akhlak di Sabah iaitu Sekolah Henry Gurney Keningau, Sekolah Henry Gurney Kepayan dan Sekolah Tunas Bakti Inanam. Satu set borang selidik digunakan untuk mengukur faktor-faktor pembolehubah bebas dan bersandar serta moderator yang terlibat. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences {SPSS) Version 20 for windows. Hasil analisis mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara pendidikan seks dan penghargaan kendiri dengan tingkah laku seksual bebas remaja lelaki. Keputusan regresi hierarki liner mendapati bahawa personaliti introvert merupakan moderator antara hubungan pendidikan seks dengan tingkah laku seksual bebas remaja lelaki. Kajian ini memberi pemahaman baru mengenai sumbangan aspek personaliti, pendidikan seks dan pengargaan kendiri dalam meramal tingkah laku seksual bebas remaja lelaki.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Personaliti introvert, Seksual bebas, Remaja, Pusat pemulihan, Sabah
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ793-799.2 Youth. Adolescents. Teenagers
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 30 Nov 2023 14:41
Last Modified: 30 Nov 2023 14:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37739

Actions (login required)

View Item View Item