Sejarah pentadbiran Pengiran Abdul Rauf Pengiran Abdul Rajit ke atas sungai Tulin di Borneo Utara, 1822-1898

Fatmah Sidek (2018) Sejarah pentadbiran Pengiran Abdul Rauf Pengiran Abdul Rajit ke atas sungai Tulin di Borneo Utara, 1822-1898. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (888kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (28MB)

Abstract

Kajian ini merupakan suatu penyelidikan mengenai sistem pentadbiran wilayah Tulin di Borneo Utara pada abad ke-19. Tumpuan diberi ke atas pemilikan hak wilayah Tulin Pengiran Abdul Rauf, selaku seorang penguasa dalam kerangka sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional Kesultanan Melayu Brunei di Borneo Utara (1822-1898). Latar belakang Pengiran Abdul Rauf dan pentadbiran wilayah Tulinnya akan dibincangkan termasuklah latar belakang sosioekonomi penduduk wilayah Tulin Pengiran Abdul Rauf. Kajian juga akan menerangkan tentang proses kejatuhan wilayah Tulin Pengiran Abdul Rauf kepada British North Borneo (Chartered) Company (SBUB) dan kewujudan wilayah Karambunai. Kajian akan berpandukan penyelidikan sumber primer seperti koleksi di Arkib Negeri Sabah, salasilah keturunan Pengiran Abdul Rauf dan dokumen surat perjanjian di Pusat Sejarah Brunei serta koleksi peribadi kepunyaan keturunan Pengiran Abdul Rauf di negeri Sabah. Kaedah temu bual juga dilakukan bagi mendapatkan maklumat tentang latar belakang Pengiran Abdul Rauf dan wilayah Tulin kepunyaannya di Borneo Utara. Hasil kajian ini akan dapat menambah koleksi pengetahuan tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran wilayah jajahan tradisional Kesultanan Melayu Brunei sebelum berlakunya penjajahan British di Borneo Utara pada lewat abad ke-19.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Sistem pentadbiran, Pentadbiran tradisional Kesultanan Melayu Brunei Wilayah Tulin, Borneo Utara, Pengiran Abdul Rauf
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 05 Dec 2023 12:20
Last Modified: 05 Dec 2023 12:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37796

Actions (login required)

View Item View Item