Rosmah Derak (2023) Manifestasi alam sekitar dalam tiga karya Faisal Tehrani: Perspektif Ekologi Sastera. Pendeta, 14 (1). pp. 1-12. ISSN 1823-6812
Text
ABSTRACT.pdf Download (39kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (589kB) | Request a copy |
Abstract
Karya sastera mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan alam dan alam merupakan sumber utama dalam proses penciptaan sesebuah karya sastera. Kaitan antara alam dengan karya sastera ini diteliti dalam novel karya Faisal Tehrani yang bertajuk Bila Tuhan Berbicara (2007), Tunggu Teduh Dulu (2008) dan Bahlut (2010) bagi menganalisis manifestasi alam sekitar yang terdapat karya-karya tersebut. Kaedah analisis kandungan (content analysis) digunakan untuk mendapatkan gambaran manifestasi alam dengan lebih terperinci. Pendekatan ekologi sastera digunakan untuk menganalisis manifestasi alam sekitar dalam novel-novel tersebut dengan memberi perhatian kepada ekologi alam yang menekankan kepada dua aspek, iaitu penekanan terhadap alam sebagai inspirasi karya sastera dan pembelaan terhadap alam akibat perbuatan manusia yang dikenal sebagai kajian eko kritik. Berdasarkan analisis ekologi sastera sebagai inspirasi karya sastera dalam ketiga-tiga novel kajian didapati bahawa manifestasi alam sekitar seperti alam sebagai latar penceritaan terserlah dalam ketiga-tiga novel. Alam sebagai sumber kehidupan manusia (sumber ekonomi) pula dapat dilihat dalam Tunggu Teduh Dulu dan Bahlut manakala alam sebagai bukti ketakjuban manusia kepada Pencipta terserlah dalam novel Tunggu Teduh Dulu dan Bila Tuhan Berbicara. Melalui kritikan eko, didapati hanya novel Bahlut memperlihatkan adanya bentuk kritikan ekologi terhadap aktiviti pembalakan haram yang menyebabkan kerosakan alam berlaku seperti pencemaran sungai, pemendapan sungai dan pencemaran sungai. Isu pencemaran alam dan kegiatan pembalakan haram yang ditampilkan oleh pengarang dalam novel Bahlut merupakan isu global yang penting dan wajar ditangani dalam usaha menyelamatkan bumi daripada segala bentuk kerosakan oleh tangan-tangan manusia yang rakus. Implikasi kepada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa alam sangat penting untuk dijaga kerana alam menyediakan sumber kehidupan kepada manusia. Manusia dan alam saling memerlukan dan saling bergantung antara satu sama lain. Pencemaran alam akan mengganggu gugat kesejahteraan manusia dan perkara ini wajar ditangani bagi memelihara ekosistem dan kehidupan manusia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Manifestasi alam sekitar; karya sastera; ekologi sastera; manusia; pencemaran alam |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5001-7511 Languages of Oceania > PL5001-7101 Austronesian, Papuan, and Australian languages > PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA565-600 Environmental health Including sewage disposal, air pollution, nuisances, water supply |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 06 Dec 2023 15:28 |
Last Modified: | 06 Dec 2023 15:28 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37802 |
Actions (login required)
View Item |