Mohd Sohaimi Esa (2022) Impak perintah kawalan pergerakan (PKP) ke atas pembangunan sosioekonomi keluarga di Sabah. International Journal of Education, Islamic Studies and Social Sciences Research (IJEISR), 7 (1). pp. 155-163.
![]() |
Text
ABSTRAK.pdf Download (65kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (162kB) |
Abstract
Tanggal 18 Mac 2020, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan susulan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri. Selaras dengan pengumuman itu, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melancarkan PKP bagi membendung penularan wabak Covid-19. Kerajaan telah melaksanakan Standard Operating Procedure (SOP) yang boleh dibahagikan kepada beberapa aspek seperti kesihatan awam, kawalan sempadan, tahap sektor ekonomi, perlindungan golongan berisiko dan penguatkuasaan undang-undang. Natijahnya, wabak Covid-19 telah mengubah kehidupan seharian dalam kalangan masyarakat. Justeru, perbincangan difokuskan kepada isu-isu semasa di sebalik pragmatik PKP yang mempunyai impak ke atas pembangunan lestari sosioekonomi keluarga di Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan berasaskan sumber sekunder, di samping disokong oleh sumber awalan seperti laporan dan dokumen polisi yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa PKP secara relatifnya telah memberikan kesan besar kepada kelestarian pembangunan sosioekonomi keluarga di Sabah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Perintah kawalan pergerakan, Sosioekonomi, Sabah |
Subjects: | H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 06 Dec 2023 15:29 |
Last Modified: | 06 Dec 2023 15:29 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37803 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |