Pembangunan instrumen ujian pemikiran kreatif keusahawanan bagi murid tingkatan empat

Sufirman Arifin and Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah (2023) Pembangunan instrumen ujian pemikiran kreatif keusahawanan bagi murid tingkatan empat. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 8. pp. 18-36. ISSN 0128-164X

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (65kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Masih terdapat limitasi dalam kajian yang mengetengahkan pembangunan instrumen yang dapat mengukur pemikiran kreatif keusahawanan. Oleh itu, Instrumen Ujian Pemikiran Kreatif Keusahawanan (UPKK) dibangunkan untuk mengukur tahap pemikiran kreatif keusahawanan dalam kalangan murid tingkatan empat di sekolah menengah. UPKK merangkumi sepuluh item yang terdiri daripada lima konstruk iaitu Penyiasatan, Idea Baharu, Reka Bentuk, Cipta dan Komersial. Sampel terdiri daripada 187 orang murid Tingkatan Empat yang berusia 15 hingga 16 tahun dari empat buah sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah. Kajian yang dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan ini dijalankan untuk menentukan sejauh mana kesahan dan kebolehpercayaan instrumen ini dapat memenuhi ciri psikometrik sesebuah penyelidikan. Analisis item membolehkan item yang sah, adil dan berkualiti terpilih manakala item sebaliknya ditambah baik dan dimurnikan. Kajian ini mengaplikasikan Model Pengukuran Rasch untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen UPKK. Analisis telah dilakukan terhadap kesesuaian responden, kesesuaian item, polariti item, keekadimensian serta kebolehpercayaan dan pengasingan item-responden. Dapatan kajian mendapati bahawa instrumen UPKK mempunyai kebolehpercayaan item yang tinggi dengan nilai .97. Kesimpulannya, UPKK mempunyai kesahan yang baik dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam mengukur tahap pemikiran kreatif keusahawanan dalam kalangan murid Tingkatan Empat di sekolah menengah.

Item Type: Article
Keyword: Pemikiran kreatif keusahawanan, Model pengukuran RASCH, Kesahan dan kebolehpercayaan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Dec 2023 15:52
Last Modified: 15 Dec 2023 15:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37825

Actions (login required)

View Item View Item