Pelaksanaan kegiatan ko-kurikulum dan kemudahan fasiliti di Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dalam mencapai kecemerlangan pendidikan sekolah negeri Terengganu

Muhammad Hasbi Abdul Rahman and Mazdi Marzuki and Abdul Halim Ali and Abdul Nasir Abd Latiff and Saifulazry Mokhtar (2022) Pelaksanaan kegiatan ko-kurikulum dan kemudahan fasiliti di Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dalam mencapai kecemerlangan pendidikan sekolah negeri Terengganu. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 7. pp. 18-34.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (65kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (685kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis kemudahan fasiliti serta penglibatan murid dalam aktiviti ko-kurikulum di Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) di Terengganu. Kajian ini menggunakan kualitatif iaitu menggunakan kaedah temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian. Kaedah temu bual digunakan bagi mendapatkan data serta maklumat berkaitan kemudahan fasiliti serta penglibatan murid dalam ko-kurikulum. Seramai sembilan orang guru besar telah ditemu bual bagi mendapat maklumat berkaitan kemudahan dan ko-kurikulum SRIDI. Manakala analisis dokumentasi sekolah SRIDI berkaitan maklumat kemudahan fasiliti dan ko-kurikulum turut diteliti. Seterusnya, kaedah pemerhatian iaitu dengan turun ke lapangan di sembilan buah SRIDI di setiap daerah dilakukan bagi mengukuhkan dapatan kajian. Analisis ketiga-tiga kaedah ini kemudiannya digabung dan dianalisis bagi mendapat hubungan antara penyataan masalah dan data di lapangan. Hasil analisis yang dilakukan mendapati kemudahan asas dan fasiliti yang disediakan di sembilan buah SRIDI berada pada tahap yang sederhana. Beberapa kemudahan asas didapati tidak berada pada tahap yang memuaskan. Manakala, penglibatan murid SRIDI terhadap penglibatan dalam aspek ko-kurikulum masih berada pada tahap sederhana. Kewujudan beberapa persatuan, jenis sukan dan ko-kurikulum lain masih berada pada tahap sederhana. Penglibatan dan pendedahan murid SRIDI terhadap pertandingan ko-kurikulum juga berada pada tahap sederhana kerana mengambil kira tempoh kewujudan SRIDI yang masih baru serta jalinan hanya wujud dalam peringkat SRIDI itu sendiri. Namun, segala pencapaian dan kemudahan ini boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa seiring dengan perancangan yang strategik di peringkat kerajaan negeri dan SRIDI itu sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa hasil temu bual menyatakan, terdapat beberapa SRIDI akan berpindah ke tapak kekal baharu yang lebih lengkap dan sesuai pada masa hadapan. Secara umum, dapat dirumuskan, kemudahan fasiliti yang lengkap dan penglibatan lebih menyeluruh murid SRIDI memberi kesan signifikan kepada kecemerlangan pendidikan khususnya di negeri Terengganu dalam menjadi contoh kepada sekolah-sekolah rendah di Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: Kokurikulum, Kemudahan prasarana, SRIDI, Sekolah rendah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1555-1602 Elementary or public school education
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Dec 2023 16:02
Last Modified: 15 Dec 2023 16:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37842

Actions (login required)

View Item View Item