Mohd Jirey Kumalah (2017) Pemerkasaan kearifan tempatan komuniti Bajau Ubian sebagai tarikan pelancongan di Pulau Mantanani, Kota Belud. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (16MB) |
Abstract
Kajian ini adalah tentang pemerkasaan kearifan tempatan komuniti Bajau Ubian sebagai produk pelancongan berasaskan komuniti di Pulau Mantanani. Isu kearifan tempatan banyak dikaji dalam pelbagai disiplin ilmu seperti kaji iklim, pendidikan dan pemuliharaan biodiversiti. Namun, perkaitan kearifan tempatan dan sektor pelancongan masih kurang dikaji. Terdapat empat objektif dalam kajian ini, iaitu (i) mengenal pasti kategori, jenis dan ciri-ciri kearifan tempatan komuniti Bajau Ubian; (ii) meninjau tahap ketersediaan komuniti terhadap rancangan pelaksanaan pelancongan berasaskan komuniti; (iii) meneliti peranan institusi sokongan dalam membantu komuniti Bajau Ubian untuk membangunkan kearifan tempatan mereka sebagai suatu tarikan pelancongan dan (iv) mencadangkan strategi dan langkah pemerkasaan yang boleh dilaksanakan agar kearifan tempatan komuniti di pulau ini dapat dijadikan sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah pendekatan penerokaan dengan mengaplikasikan kaedah kualitatif dan disokong oleh kaedah kuantitatif. Responden kajian ini terdiri daripada 8 orang mahir dalam kearifan tempatan terpilih, 205 orang responden dalam kalangan penduduk setempat dan 9 orang responden dari institusi sokongan atau pihak pemegang taruh. Teknik pengumpulan data yang digunakan adalah temu bual mendalam, senarai semak, borang soal selidik, temu bual tidak langsung dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan setiap kearifan tempatan adalah berpotensi dijadikan sebagai produk pelancongan mengikut kelestarian kemahiran tersebut iaitu (i) mengikut musim seperti makanan tradisional, majlis keraian dan perayaan; (ii) kemahiran yang masih diamalkan seperti kategori permainan tradisi, kemahiran hidup, kemahiran kraftangan dan pertukangan serta (iii) kategori seni tarian dan muzik pula mengalami kepupusan kecuali tarian Igal-Iga/ sahaja yang masih diamalkan. Seterusnya, tahap ketersediaan responden terhadap rancangan pelaksanaan PBK adalah responsif dengan 80 peratus yang bersedia melaksanakannya. Seterusnya, majoriti responden memilih tiga jenis kearifan tempatan yang berpotensi untuk dipromosikan sebagai produk pelancongan iaitu perusahaan produk berasaskan laut, produk berasaskan pulau dan perusahaan kuih-muih. Selain itu, institusi sokongan atau pihak pemegang taruh didapati komited dan menyokong rancangan pelaksanaan PBK di Pulau Mantanani dan sedia membantu penduduk tempatan dari pelbagai cara seperti menganjurkan kursus keusahawanan dalam pelancongan, kempen menjaga alam sekitar dan pemuliharaan budaya warisan. Seterusnya, isu semasa di pulau seperti kebersihan, bekalan elektrik dan perpaduan serta langkah yang telah dilaksanakan sebelum ini seperti penubuhan homestay dan kempen kesedaran pantai di Pulau Mantanani turut diambil kira sebagai cadangan strategi dan langkah dalam memperkasakan kearifan tempatan sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti yang berdaya saing. Oleh itu, dapatan kajian menunjukkan kearifan tempatan mempunyai potensi dijadikan sebagai tarikan pelancongan. Untuk itu, tahap penerimaan komuniti yang responsif dan komitmen instiusi sokongan yang digerakkan oleh pihak pemegang taruh adalah nadi utama dalam menjayakan rancangan pelaksanaan pelancongan berasaskan komuniti di Pulau Mantanani.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Komuniti, Bajau Ubian, Pelancongan, Pulau Mantanani |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 21 Dec 2023 11:21 |
Last Modified: | 21 Dec 2023 11:21 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37878 |
Actions (login required)
View Item |