Tahap kemahiran ict dan kesediaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Kota Kinabalu, Sabah

Abdul Razak Zakaria Norbert (2009) Tahap kemahiran ict dan kesediaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Kota Kinabalu, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (796kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan tahap kemahiran ICT dan kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam p & P. Perbincangan memfokuskan kepada kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam P & P menerusi tahap kemahiran ICT serta penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer. Kedua, meninjau perbezaan dan hubungan kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer mengikut umur, pengalaman mengajar, pengalaman mengikuti kursus komputer dalam perkhidmatan, pemilikan komputer peribadi di rumah dan pengalaman menggunakan komputer. Instrumen kajian ialah menggunakan set soal selidik. Seramai 150 guru daripada 5 buah sekolah menengah di Kata Kinabalu terlibat dalam kajian ini. Pensampelan berstrata digunakan untuk pengumpulan data. Analisis data menggunakan SPSS Versi 15.0. Ujian Alpha Cronbach dijalankan untuk menentukan kebolehpercayaan yang tinggi bagi soal selidik yang digunakan. Penganalisisan data menggunakan statistik deskriptif untuk menguji min dan sisihan piawai manakala statistik inferensi untuk Ujian-t, ANOVA Sehala dan Korelasi Pearson (r). Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran ICT guru dalam P & P adalah pada tahap sederhana manakala kesediaan guru menggunakan ICT berasaskan teknologi maklumat dalam P & P adalah pada tahap tinggi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap kemahiran ICT guru dan kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam P & P berdasarkan ciri-ciri demografi dan terdapatnya hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran ICT guru dengan kesediaan guru menggunakan ICT berasaskan teknologi maklumat dalam P & P. Kajian mencadangkan agar guru-guru seharusnya bersedia dalam memahirkan diri menggunakan ICT untuk memenuhi keperluan semasa dalam penggunaan ICT komputer berasaskan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kemahiran ICT, Teknologi maklumat, Kesediaan guru
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 12 Jan 2024 09:30
Last Modified: 12 Jan 2024 09:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37887

Actions (login required)

View Item View Item