Faktor-faktor yang mempengaruhi sikap guru Sekolah Menengah di Kota Belud terhadap penggunaan komputer

Anna Octavia Ninteh (2013) Faktor-faktor yang mempengaruhi sikap guru Sekolah Menengah di Kota Belud terhadap penggunaan komputer. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (905kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi sikap keyakinan guru terhadap penggunaan komputer dalam profesion perguruan. Seramai 348 orang guru ataupun responden terlibat dalam kajian ini. Bilangan responden adalah 50.4% daripada populasi guru setiap sekolah. Sampel kajian melibatkan guru-guru sekolah menengah di dalam dalam daerah Kota Belud. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah soalselidik yang diuji dan dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan juga kaedah statistik inferensi. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan set soalselidik yang diubahsuai daripada Adenan (1999). Set soalselidik mengandungi 26 item yang terbahagi kepada tiga bahagian. Set soalselidik juga menggunakan Skala Likert Lima Mata. Data yang di kumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science {SPSS 17.0) For Windows. Ujian ANOVA Sehala (One Way ANOVA) digunakan untuk mengenalpasti perbezaan signifikan di antara beberapa kumpulan umur dengan skor sikap keyakinan terhadap penggunaan komputer. Ujian-t digunakan bagi mengkaji perbezaan signifikan di antara jantina dengan skor sikap keyakinan terhadap penggunaan komputer. Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menentukan dan mengenalpasti kekuatan serta arah hubungan signifikan antara pembolehubah-pembolehubah. Ujian Regresi Berganda dijalankan bagi menentukan pengaruh pembolehubah-pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar. Dapatan kajian menunjukkan hanya satu pembolehubah bebas sahaja yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap keyakinan guru terhadap penggunaan komputer. Pembolehubah tersebut adalah faktor latihan. Dapatan ini penting kepada pihak pentadbir sekolah khususnya juga penting kepada pihak-pihak lain seperti Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membuat sebarang perancangan yang berkaitan dengan penggunaan komputer di sekolah. Diharap melalui hasil kajian ini, pihak-pihak yang berkaitan dapat merancang sesuatu yang berfaedah dan berkesan bagi meningkatkan penggunaan komputer di kalangan guru.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Sikap keyakinan, Penggunaan komputer, Profesion perguruan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 12 Jan 2024 09:31
Last Modified: 12 Jan 2024 09:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37888

Actions (login required)

View Item View Item