Persepsi komuniti tempatan terhadap kepentingan hak tanah adat Kampung Imahit, Tenom, Sabah

Medeline Henry Luyan (2018) Persepsi komuniti tempatan terhadap kepentingan hak tanah adat Kampung Imahit, Tenom, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (847kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (15MB)

Abstract

Konflik tanah adat semakin kritikal dalam kalangan Orang Asal di seluruh dunia. Di Malaysia khususnya di Sabah, konflik ini merupakan antara isu yang hangat kerana melibatkan pengiktirafan hak Orang Asal terhadap penggunaan tanah, harta benda, amalan adat, budaya dan kepercayaan mereka secara tradisional. Kajian ini membincangkan dan menjelaskan konflik hak tanah adat yang dihadapi oleh penduduk Kampung Imahit, Tenom, Sabah dan menerangkan persepsi komuniti tempatan terhadap kepentingan hak tersebut kepada mereka. Objektif kajian ini adalah untuk memahami kaedah penjagaan hutan adat, mengkaji kepentingan dan kesan yang dihadapi oleh Orang Asal yang terlibat serta mendapatkan persepsi penduduk berkenaan hak mereka terhadap tanah adat pada masa kini. Kajian berdasarkan pada kupasan literatur, pemerhatian, temu bual dan dianalisis secara kualitatif. Hasil kajian mendapati tanah adat sinonim dengan Orang Asal kerana menjadi asas kepada kehidupan mereka malah keseimbangan ekosistem hut.an dicapai melalui amalan-amalan tradisional secara mapan. Dapatan kajian menunjukkan hak penduduk masa kini berkurangan dan tidak bebas seperti amalan terdahulu.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Komuniti, Tanah adat, Orang asal, Kampung Imahit, Sabah
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races > HT101-395 Urban groups. The city. Urban sociology > HT165.5-169.9 City planning
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 12 Jan 2024 09:40
Last Modified: 12 Jan 2024 09:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37931

Actions (login required)

View Item View Item