Pengaruh elemen psikologi positif dan sokongan sosial terhadap kebahagiaan pelajar Universiti Malaysia Sabah

UNSPECIFIED (2018) Pengaruh elemen psikologi positif dan sokongan sosial terhadap kebahagiaan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (15MB)

Abstract

Tumpuan utama dalam pendekatan psikologi positif adalah mengenal pasti kekuatan psikologikal positif diri untuk mendapatkan kehidupan yang bahagia. Model PERMA mengandungi komponen kekuatan psikologikal positif telah dibina untuk membincangkan kebahagiaan, namun kajian ke atas pelajar universiti belum pernah dijalankan. Justeru, kajian dijalankan untuk mengkaji kebahagiaan pelajar universiti menggunakan komponen kekuatan psikologikal positif, iaitu optimistik, kecekapan kendiri umum, dan afek positif, manakala sokongan sosial bertindak sebagai pemboleh ubah pengantara. Kajian menggunakan set soal selidik untuk mendapatkan data. Kajian telah dijalankan ke atas 436 pelajar universiti, berumur antara 18 hingga 25 tahun. Pengukuran menggunakan lima set soal selidik, iaitu Extended Life Orientation Test, General Self-Efficacy Scales, Positive Affective and Negative Affective Scale, Inventory of Socially Supportive Behaviors Short form dan Oxford Happiness Questionnaire berserta satu set maklumat demografi. Hasil pengujian hipotesis mendapati bahawa optimistik, kecekapan kendiri umum (inisiasi, usaha dan kegigihan), afek positif dan sokongan sosial (bimbingan, emosi dan ketara) mempengaruhi kebahagiaan pelajar universiti. Sikap optimistik, kecekapan kendiri umum (inisiasi dan kegigihan) tidak mempengaruhi sokongan sosial (bimbingan, emosi dan ketara), manakala kecekapan kendiri umum usaha mempengaruhi sokongan bimbingan dan sokongan emosi sahaja. Afek positif mempengaruhi ketiga-tiga bentuk sokongan sosial. Kesan pengantara menunjukkan sokongan sosial bimbingan bertindak sebagai pengantara bagi hubungan optimistik serta kecekapan kendiri umum usaha ke atas kebahagiaan, manakala sokongan sosial emosi bertindak sebagai pengantara bagi hubungan optimistik, kecekapan kendiri umum usaha serta afek positif dengan kebahagiaan pelajar universiti. Sokongan sosial ketara tidak bertindak sebagai pengantara bagi kesemua hubungan pemboleh ubah bebas dengan kebahagiaan pelajar universiti. Implikasi kajian kepada pelajar universiti adalah menjelaskan tentang sumbangan positif optimistik dan afek positif ke atas kebahagiaan, namun perlu mengambil kira status kecekapan kendiri umum pelajar universiti yang boleh mempengaruhi penurunan kadar kebahagiaan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Psikologi positif, Model PERMA, Pelajar, Universiti Malaysia Sabah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 12 Jan 2024 09:40
Last Modified: 12 Jan 2024 09:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37932

Actions (login required)

View Item View Item