Elemen dan struktur teatrikal dalam upacara ahulir etnik Murut Tahol di Sabah

Mestrah Lauk (2018) Elemen dan struktur teatrikal dalam upacara ahulir etnik Murut Tahol di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (849kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (9MB)

Abstract

Kajian ini mengkaji pantang larang dan elemen teatrikal dalam upacara Ahulir Etnik Murut Tahol di Sabah. Ahulir merupakan upacara berkabung yang dilaksanakan selepas berlakunya kematian dalam masyarakat Etnik Murut Tahol di Kampung Balaron Sapulut, Nabawan. Peredaran masa yang semakin moden ini menyebabkan upacara tersebut yang dulunya dipatuhi struktur upacaranya telah berubah dan dimodenkan serta diselaraskan dengan amalan agama. Penyesuaian yang baharu ini semakin melenyapkan upacara Ahulir yang sebenar kerana pengamal upacara tersebut semakin hari semakin sirna. Melalui kerja lapangan (fieldwork methodology) bersifat etnografi dilakukan untuk mengumpul bahan kajian. Pengkaji menggunakan data-data kualitatif dengan menggunakan teori enam elemen dramati Aristotle sebagai pendekatan. Kajian ini mendapati beberapa pantang larang dan elemen teaterikal dalam upacara Ahulir yang bukan sahaja sebagai upacara tetapi boleh dimainkan sebagai sebuah teater. kajian ini penting sebagai dokumen warisan etnik Murut. Keistimewaan dan keunikan yang tersirat dalam upacara Ahulir, khususnya dalam konteks persembahan dapat dibangunkan semula, boleh ditatap dan dihayati oleh masyarakat khususnya generasi muda etnik Murut.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: pantang larang, Upacara Ahulir, Etnik Murut Tahol
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General) > GT2400-3390.5 Customs relative to private life Including children, marriage, eating and drinking, funeral customs, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 12 Jan 2024 09:48
Last Modified: 12 Jan 2024 09:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37944

Actions (login required)

View Item View Item