Pengurusan kurikulum dan hubungannya dengan pencapaian akademik di sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu

Rahmah Awang Besar (2004) Pengurusan kurikulum dan hubungannya dengan pencapaian akademik di sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk rnernnJcU adakah budaya pengurusan kurikulum yang sistematik, berkesan dan cemerlang telah diamalkan di sekolah-sekolah menengah pada hari ini, untuk mengetahui adakah sistem pengurusan kurikulum di sekolah pencapaian cemerfang berbeza dengan pencapaian memuaskan dan sederhana dan untuk mengetahui adakah sistem penguIrusan kurikulum sesebuah sekolah mempengaruhi pencapaian sekolah tersebut dalam peperiksan awam. Dua set soal selidik digunakan untuk mengesan sistem pengurusan kurikulum sekolah dan sistem penqurusan panatia. Responden kajian terdiri daripada 12 orang Setiausnha Akademik dan 96 orang Ketua Panatia dari 12 buah sekolah m,enengah di daerah Kota Kinabalu. Data di analisis menggunakan program The Statistical Package for Social Science ( SPSS version 10.0). Statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah statistik deskriptif dan inferensi. Untuk menguji hipotesis analisis varians satu hala dan kolerasi Pearson digunakan. Dapatan utama kajian ini ialah sistem pengurusan kurikulum yang meliputi sistem pengurusan panatia di kebanyakan sekolah menengah pada hari ini di tahap yang memuaskan. Hanya sebahagian kecil sahaja sekolah yang telah mengamalkan budaya pengurusan kurikulum yang boleh dianggap sistematik, berkesan, dan cemertang. Didapati sistem pengurusan kurikulum di sekolah pencapaian cemerlang lebih baik daripada sekolah pencapaian memuaskan dan sederhana. Keberkesanan sistem pengurusan kurikulum sesebuah sekolah merupakan antara faktor yang mempengaruhi pencapaian sekolah tersebut dalam peperiksaan awam. Berasaskan dapatan ini dicadangkan semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan khasnya bidang kurikulum dan pengurusnya dari semua peringkat terutama pengurus kurikulum peringkat sekolah mengkaji semula sistem pengurusan sekolah masing-masing untuk tujuan memperbaiki, memperkukuh dan meningkatkan keberkesanan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Pengurusan kurikulum, Pencapaian akademik, Sekolah menengah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
Department: SCHOOL > School of Psychology and Social Work
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 02 Feb 2024 15:47
Last Modified: 02 Feb 2024 15:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38101

Actions (login required)

View Item View Item