Patrick Jolius and Rosliah Kiting and Juppri Bacotang (2023) Analisis keperluan pembangunan modul pengajaran kosa kata bersumberkan sundait bahasa kadazandusun untuk sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Teknologi Malaysia, 1. pp. 1-9.
Text
ABSTRACT.pdf Download (39kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (413kB) | Request a copy |
Abstract
Kosa kata merupakan elemen bahasa yang perlu dikuasai oleh semua pelajar. Kuantiti dan kualiti kosa kata yang dimiliki seseorang menentukan keterampilan berbahasa. Dalam konteks kajian Bahasa Kadazandusun (BKD) banyak dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar tidak dapat memahami teks bertulis dan tidak mahir berkomunikasi BKD ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana kekurangan kosa kata. Guru BKD memainkan peranan penting dalam memperkaya kosa kata pelajar. Penguasaan kosa kata yang luas selanjutnya dapat meningkatkan keterampilan berbahasa. Justeru, kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan berasaskan soal selidik dilaksanakan bagi mendapatkan maklum balas guru-guru BKD terhadap keperluan pembangunan modul pengajaran kosa kata bersumberkan sundait (teka-teki) untuk sekolah rendah. Seramai 59 guru BKD sekolah rendah di daerah Penampang dilibatkan sebagai responden kajian. Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan perisisn Statistical Pacakage for Social Science (SPSS) versi 28.0 untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan kajian memaparkan keperluan pembangunan modul pada tahap yang sangat tinggi. Guru-guru BKD memerlukan modul pengajaran kosa kata yang diselarikan dengan penggunaan buku teks berbentuk aktiviti dan latihan. Disamping itu guru-guru BKD juga menyatakan kesesuaian penerapan sundait terhadap modul pada tahap tinggi. Implikasi kajian ini ialah, penghasilan modul khusus pengajaran kosa kata BKD yang berkualiti, berimpak dan menepati keperluan PdP berasaskan pandangan pakar dan guru-guru BKD.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Bahasa Kadazandusun; Kosa kata; Pembangunan modul; Sundait |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators > LB1805-2151 State teachers colleges > LB1991-2151 Other regions or countries |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 16 Feb 2024 15:13 |
Last Modified: | 16 Feb 2024 15:13 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38287 |
Actions (login required)
View Item |