Budi Anto Mohd. Tamring (2008) Pengaruh agama dalam interaksi dan toleransi etnik : Kajian kes ke atas pelajar bumiputera Sabah di Universiti Malaysia Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (9MB) |
Abstract
Kajian ini membincangkan persoalan etnisiti di Sabah. Secara khususnya, dengan menggunakan sampel kajian yang terdiri daripada golongan pelajar bumiputera Sabah (Kadazandusun dan Bajau) yang menuntut di Universiti Malaysia Sabah, kajian ini cuba memahami pengaruh agama dalam hubungan etnik yang mereka alami dalam persekitaran sosial pelbagai etnik di universiti. Khususnya kajian ini cuba mengukur tahap interaksi dan toleransi etnik di kalangan mereka dan secara serentak cuba memahami sama ada agama merupakan salah satu faktor utama yang mempengaruhi tahap interaksi dan toleransi tersebut. Dengan berpandukan kaedah pengukuran jarak sosial Borgadus, sejumlah item dalam bentuk pernyataanpernyataan yang mengukur interaksi dan toleransi etnik telah dibina secara berasingan untuk tujuan ini. Sekaligus, nilai indeks sebagai petunjuk tahap interaksi dan toleransi juga telah digunakan dalam analisis data. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap interaksi dan toleransi etnik di kalangan pelajar Kadazandusun dan Bajau di Sabah adalah tinggi. Sementara perbezaan agama mahupun tahap keagamaan yang berbeza di kalangan mereka juga jelas tidak mempengaruhi tahap interaksi dan toleransi etnik di kalangan mereka. Tahap interaksi dan toleransi etnik yang tinggi ini tidak dinafikan boleh difahami sebagai menggambarkan tindakan rasional dan sikap pragmatik yang diamalkan pelajarpelajar ini dalam konteks sosial harian mereka di universiti. Dalam persekitaran sosial pelbagai etnik yang mereka lalui di universiti, tindakan dan sikap sedemikian sudah tentunya lebih relevan dan menguntungkan dari segi pengajian akademik mereka berbanding dengan tindakan dan sikap sempit yang mengutamakan keetnikan masing-masing. Pada masa yang sama penelitian terhadap pengalaman keseluruhan masyarakat pribumi di Sabah juga membantu menjelaskan fenomena ini. Pengalaman hubungan etnik di antara anggota kumpulan-kumpulan etnik pribumi di Sabah juga memperlihatkan interaksi dan toleransi etnik yang tinggi. Ini bermakna, hasil kajian menunjukkan bahawa hubungan etnik di peringkat mikro, iaitu di peringkat hubungan sosial harian di kalangan pelajar di persekitaran kampus universiti juga konsisten dan dapat dihujah sebagai memperkukuhkan penerusan pengalaman hubungan etnik yang mereka warisi di peringkat makro, iaitu di peringkat hubungan etnik masyarakat umum yang lebih luas.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Pengaruh agama, Interaksi, Etnik, Pelajar bumiputera Sabah |
Subjects: | H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races > HT1501-1595 Races: Including race as a social group and race relations in general |
Department: | SCHOOL > School of Social Sciences |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 27 Feb 2024 09:16 |
Last Modified: | 27 Feb 2024 09:16 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38305 |
Actions (login required)
View Item |