Hubungan antara beban tugas guru dengan motivasi kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Tenom

Felix Toisang (2013) Hubungan antara beban tugas guru dengan motivasi kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Tenom. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (208kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan perbezaan beban tugas dan motivasi kerja guru berdasarkan ciri-ciri demografi responden iaitu jantina, taraf pendidikan dan pengalaman mengajar. Kajian juga bertujuan untuk menentukan hubungan antara beban tugas guru dengan motivasi kerja. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang guru yang berkhidmat di empat buah sekolah rendah kebangsaan gred A yang mempunyai pelajar lebih daripada 300 orang di daerah Tenom. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah ujian-T, ujian ANOVA sehala dan ujian Korelasi Pearson. Keputusan ujian menunjukkan tahap beban tugas dan motivasi kerja yang dihadapi oleh guru-guru di sekolah adalah tinggi iaitu dengan min masing-masing 3.33 dan 3.42. Dapatan kajian menunjukkan bentuk beban tugas guru yang paling tingqi ialah beban tugas akademik rutin dengan min 3.55, diikuti beban tugas bukan akademik rutin 3.43, beban tugas akademik bermusim 3.27 dan beban tugas bukan akademik bermusim 3.24. Keputusan ujian-T dan ujian ANOVA sehala ke atas beban tugas guru menunjukkan tidak terdapat perbezaan beban tugas yang signifikan berdasarkan faktor jantina dan pengalaman mengajar. Keputusan ujian-T dan ujian ANOVA sehala ke atas motivasi kerja pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor jantina, taraf pendidikan dan pengalaman mengajar. Manakala keputusan ujian korelasi antara beban tugas guru dengan motivasi kerja menunjukkan terdapat hubungan lemah (0.232) yang signifikan antara beban tugas guru dengan motivasi kerja.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Beban tugas guru, Motivasi kerja, Sekolah Rendah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 27 Feb 2024 09:17
Last Modified: 27 Feb 2024 09:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38325

Actions (login required)

View Item View Item