Perubahan sosial masyarakat petani : kajian kes di Kampung Piasau, Kota Belud

Maine Suadik (2008) Perubahan sosial masyarakat petani : kajian kes di Kampung Piasau, Kota Belud. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (16MB)

Abstract

Perubahan sosial masyarakat Kajian ini meneliti perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat petani padi di Kampung Piasau, Kata Belud. Perubahan sosial dilihat dari segi pengaruh perubahan teknologi dan perkembangan pasaran terhadap amalan pertanian dan hubungan sosial masyarakat petani. Data telah diperolehi dengan menggunakan pendekatan etnografi terhadap 60 orang infornian yang terdiri daripada petani yang mempunyai tanah sama ada dipinjam atau dimiliki dan aktif melakukan aktiviti pertanian padi secara sepenuh masa dan separuh masa. Hasil kajian mendapati kehidupan sosial masyarakat petani telah mengalami perubahan akibat daripada pengaruh teknologi dan pasaran. Perkembangan teknologi menyebabkan banyak amalan pertanian yang asal tidak lagi dipraktikkan oleh petani. Sistem pasaran pula telah mengubah corak penggunaan faktor-faktor pengeluaran dan meningkatkan mode pengeluaran untuk tujuan memenuhi keperluan harian dan kehendak pasaran. Pembaharuan teknologi dan perkembangan pasaran juga turut mengubah hubungan sosial yang sedia ada dalam masyarakat. Oleh kerana aspek teknologi dan pasaran sangat berpengaruh di dalam membawa perubahan sosial sesebuah masyarakat, kedua-duanya harus diberikan perhatian dalam merancang pembangunan komuniti khususnya komuniti tani luar bandar. petani : kajian kes di Kampung Piasau, Kota Belud

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Perunahan sosial, masyarakat petani, kampung Piasau
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > HN1-995 Social history and conditions. Social problems. Social reform > HN50-995 By region or country
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 27 Feb 2024 09:26
Last Modified: 27 Feb 2024 09:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38342

Actions (login required)

View Item View Item