Pengambilan makanan segera di gerai makanan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah

Rusiyah Ramli (2009) Pengambilan makanan segera di gerai makanan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000524.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui amalan dan tabiat pelajar Universiti Malaysia Sabah terhadap pengambilan makanan segera di gerai makanan. Selain itu, kajian juga mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan mereka cenderung mengambil makanan segera di gerai makanan serta mengetahui tahap pengetahuan mereka terhadap pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Kajian ini dijalankan melalui tinjauan menggunakan borang soal selidik dan melibatkan seramai 370 pelajar dari kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Science) 16 for Windows. Hasil kajian mendapati kekerapan pengambilan makanan segera di gerai makanan mempunyai hubung kait dengan faktor kolej kediaman (x2=14.323, p=0.026) dan tahap pengetahuan (r=-0.366, p=0.01). Selain itu seramai 180 (48.6%) memilih faktor kesuntukan masa dan seramai 161 (43.6%) memilih faktor gemar memakan makanan segera yang menyebabkan mereka cenderung mengambil makanan segera di gerai makanan. Majoriti pelajar iaitu seramai 127 (33.2%) orang didapati mengambil makanan segera dalam seminggu dan seramai 115 (31.1 %) pelajar mengambil makanan segera di gerai makanan dalam sebulan. Kajian juga mendapati bahawa majoriti responden mempunyai tahap pengetahuan sederhana baik (skor: 70-89%). Secara keseluruhan, seramai 346 (93.4%) daripada pelajar mempunyai tahap pengetahuan baik hingga paling baik (skor: 50-100%). Seramai 50 (51.0%) pelajar dari kolej AS dan 34 (51.4%) pelajar dari kolej CD mengambil makanan segera dari gerai makanan di sekitar kampus. Manakala, seramai 65 (48.6%) pel ajar dari kolej E mengambil makanan segera di kawasan kolej mereka. Majoriti dari kolej kediaman Indah Permai iaitu 50 (65.5%) mengambil makanan segera dari gerai makanan yang berhampiran dengan kolej kediaman mereka. Majoriti pelajar iaitu seramai 223 (60.3%) daripada keseluruhan pelajar mengambil makanan segera pada waktu petang dan seramai 281 (75.9%) pelajar membelanjakan sebanyak RMI-RM3 iaitu setiap kali membeli. Seramai 353 (94.8%) pelajar mementingkan kebersihan gerai makanan sebelum membuat pembelian. Secara keseluruhannya, amalan dan tabiat pengambilan makanan di gerai makanan di kalangan pelajar pelajar Universiti Malaysia Sabah diketahui dalam kajian ini dimana makanan segera yang dijual di gerai makanan bukan makanan utama untuk memenuhi diet harian mereka.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Fast food, Food stall, Healthy food intake, UMS students food intake
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX901-946.5 Hospitality industry. Hotels, clubs, restaurants, etc. Food service
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Apr 2012 15:36
Last Modified: 23 Oct 2017 11:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3836

Actions (login required)

View Item View Item