Mohammad Firdaus Hasmi and Syamsul Azizul Marinsah (2022) Kearifan tempatan masyarakat Dusun dalam pantang larang memasuki kawasan hutan: Analisis dari perspektif hukum Islam. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7. pp. 309-323.
Text
ABSTRACT.pdf Download (63kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (272kB) | Request a copy |
Abstract
Setiap masyarakat di seantero dunia umumnya mempunyai amalan tradisi yang diwarisi daripada leluhur mereka, salah satunya adalah pantang larang. Pantang larang merupakan istilah yang selalu diguna pakai oleh para leluhur sebagai suatu bentuk peraturan lisan bagi mengawal, menjaga, dan memastikan kehidupan keluarga serta masyarakat sentiasa dalam keadaan yang aman, tenteram dan sejahtera. Sesebuah pantang larang, terbentuk hasil daripada pengalaman para leluhur sewaktu berinteraksi dengan alam sekitar, yang bersifat ‘sebab’ dan ‘akibat’ iaitu, ‘jika melakukan ini dan itu akan terkena ini dan itu’. Oleh itu, setiap pantang larang yang dimiliki oleh sesebuah kaum seringkali diikuti dengan ancaman sekiranya pantang larang itu dilanggar akan ditimpa musibah dan nasib buruk. Justeru, kajian ini cuba untuk meneliti unsur kearifan tempatan (al-hikmah) yang terdapat dalam pantang-larang memasuki kawasan hutan masyarakat Dusun di Sabah. Kajian ini berbentuk kualitatif. Oleh itu, setiap data yang dibincangkan telah dikumpul melalui sesi temubual. Bagi menganalisis data tersebut, pengkaji telah merujuk dokumen yang berkaitan pantang larang, buku-buku saintifik yang berkaitan dan kitab-kitab agama bagi tujuan melihat dari perspektif hukum Islam. Hasil kajian ini mendapati, wujud unsur kearifan tempatan (al-hikmah) dalam kesemua pantang larang tersebut. Sebahagiannya didapati sejajar dengan dalil syarak, manakala sebahagian yang lain disokong oleh bukti saintifik. Oleh itu, pantang larang ini tidak harus diketepikan dan ianya boleh diamalkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Kearifan tempatan, Pantang larang, Dusun, Hukum Islam |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo |
Department: | FACULTY > Faculty of Islamic Studies |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 27 Feb 2024 09:46 |
Last Modified: | 27 Feb 2024 09:46 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38363 |
Actions (login required)
View Item |