Cabaran melaksanakan pembelajaran dalam talian oleh penuntut tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Ramlah Daud and Audreyyann Ellya Juanis (2022) Cabaran melaksanakan pembelajaran dalam talian oleh penuntut tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7. pp. 141-156.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (66kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (253kB)

Abstract

Wabak pandemik COVID-19 memberi impak yang besar kepada kehidupan masyarakat hari ini. Setiap negara termasuk Malaysia telah mengambil langkah awal untuk mencegah penularan ini dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelaksanaan ini melibatkan pelbagai sektor termasuk institusi pengajian tinggi di Malaysia. Pengajaran dan pembelajaran konvensional tidak boleh dilakukan seperti biasa dan telah dijalankan secara dalam talian. Dalam konteks ini, teknologi maklumat dan komunikasi adalah penting bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran diteruskan. Justeru, artikel ini membincangkan cabaran pelaksanaan pembelajaran dalam talian oleh pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan strategi yang diambil untuk mengatasinya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana temu bual dijalankan secara dalam talian, melibatkan 10 pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang yang berbeza. Hasil kajian mendapati pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pelajar ini termasuklah peranti elektronik, kebolehcapaian internet, kemahiran digital, persekitaran hidup dan motivasi diri. Untuk mengatasi cabaran ini, pelajar ini mengambil langkah seperti mendapatkan perkhidmatan sokongan, meminjam peranti elektronik, mencari persekitaran yang kondusif, meningkatkan kemahiran digital dan menambah baik pengurusan masa.

Item Type: Article
Keyword: SARS-CoV-2, Pembelajaran jarak jauh, Perintah kawalan pergerakan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Feb 2024 10:38
Last Modified: 28 Feb 2024 10:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38367

Actions (login required)

View Item View Item