Tahap pengetahuan dan persepsi pengguna terhadap label nutrisi

Della, James Bae'e (2010) Tahap pengetahuan dan persepsi pengguna terhadap label nutrisi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000526.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan tentang perlabelan nutrisi di kalangan pengguna, mengkaji faktor penggunaan label nutrisi di kalangan pengguna dalam pembelian produk makanan dan mengkaji persepsi pengguna terhadap label nutirisi. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji sama ada wujudnya hubungan antara penggunaan label nutrisi dan persepsi pengguna terhadap perlabelan nutrisi. Lokasi kajian ialah dua buah Pasaraya Giant di kawasan sekitar kawasan Sepanggar iaitu Pasaraya Giant One Borneo dan Pasaraya Giant Indah Permai. Seramai 400 responden yang berumur 18 tahun keatas telah diperoleh. Hasil kajian menunjukkan 45.2% (N=181) responden adalah kaum lelaki dan 54.8% (N=54.8) adalah perempuan. Tahap pengetahuan responden terhadap pelabelan nutrisi boleh dikatakan pada tahap baik. Kebanyakkan responden dapat menjawab 10-12 soalan pengetahuan dengan betul (46%, N= 184). Peratusan responden yang membaca label nutrisi semasa membeli produk makanan ialah 78.2%. Pengguna cenderung untuk merujuk maklumat tenaga (80%) pada label nutrisi. Persepsi pengguna terhadap label nutrisi boleh dipercayai, tepat dan senang difahami. Terdapat hubungan kolerasi yang sangat lemah diantara persepsi pengguna dengan kekerapan penggunaan label nutrisi (r=-0.27, p=0.52). Hasil kolerasi yang lemah juga diperoleh untuk hubungan diantara tahap pengetahuan responden dan label nutrisi amat berguna semasa pembelian produk makanan (r=-0.368, p=0.000). Kesimpulannya , tahap pengetahuan pengguna pada tahap baik, pengguna cenderung untuk merujuk maklumat tenaga pada label nutrisi, dan hubungan antara pengguna label nutrisi adalah tidak bersignifikan dengan persepsi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Consumer knowledge and perception, Nutritional labelling, Pasaraya Giant One Borneo, Pasaraya Giant Indah Permai
Subjects: H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions > HC79 Special topics Including air pollution, automation, consumer demand, famines, flow of funds, etc.
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 20 Apr 2012 15:19
Last Modified: 23 Oct 2017 11:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3838

Actions (login required)

View Item View Item