Azie Nor Mazwani Shahari (2010) Kajian pengetahuan, sikap dan amalan penyusuan susu ibu secara eksklusif di bandaraya Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000527.pdf Download (3MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap pengetahuan, amalan dan sikap ibu-ibu di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Pekan Kota Kinabalu mengenai penyusuan susu ibu secara eksklusif, hubungan antara pengetahuan, amalan dan sikap serta faktor-faktor yang menggalakkan dan menghalang penyusuan susu ibu secara eksklusif. Seramai 100 responden terlibat di dalam kaji selidik ini yang terdiri daripada kalangan ibu-ibu yang mempunyai bayi berumur 6 bulan ke bawah. Kajian ini menggunakan borang soal selidik untuk diisi oleh responden. Daripada keseluruhan hasil kajian yang dibuat, didapati 35% responden mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif manakala 65% lagi tidak mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Terdapat juga data menunjukkan bahawa tahap pengetahuan responden adalah sederhana iaitu 55% responden mendapat skor sederhana, tahap amalan yang sederhana dengan 51% responden mendapat skor sederhana dan tahap sikap yang tinggi terhadap penyusuan susu ibu secara eksklusif dengan 72% responden yang mendapat skor tinggi. Didapati juga tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan amalan dengan nilai p=0.158, manakala tahap pengetahuan mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap sikap iaitu dengan nilai p=0.001. Terdapat juga hubungan yang signifikan antara amalan dengan sikap responden di klinik ini terhadap penyusuan susu ibu secara eksklusif iaitu nilai p=0.039. Terdapat faktor-faktor lain yang didapati mempengaruhi responden untuk menyusukan susu ibu secara eksklusif. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi responden untuk menyusukan susu ibu secara eksklusif ialah factor kesihatan ibu atau bayi, pengaruh budaya dan masyarakat serta kefahaman mereka mengenai pengamalan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Sokongan dan dorongan dari semua pihak dalam menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif perlu dilakukan secara berterusan dan lebih giat lagi agar penyusuan susu ibu secara eksklusif dapat diamalkan secara meluas dan menjadi pilihan utama semua ibu untuk bayi mereka.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Health, Attitude and practice, Breastfeeding among mother, Kota Kinabalu, Kota Kinabalu Mothers and Infants Health Clinic |
Subjects: | ?? RJ101 ?? |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 20 Apr 2012 15:29 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 11:07 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3839 |
Actions (login required)
View Item |