Hubungkait diantara kepimpinan, pembangunan ekonomi dan keharmonian sosial: Kajian kes di Sabah, Malaysia

Saidatul Badru Mohd. Said and Ismail Ali and Mohd Sohaimi Esa and Saifulazry Mokhtar and Romzi Ationg (2023) Hubungkait diantara kepimpinan, pembangunan ekonomi dan keharmonian sosial: Kajian kes di Sabah, Malaysia. International Journal of Entrepreneurship and Management Practices, 6. pp. 1-12. ISSN 2600-8750

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (37kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (250kB) | Request a copy

Abstract

Kepimpinan biasanya dikaitkan dengan aspek pembangunan ekonomi dan keharmonian sosial. Bagi memahami perkaitan signifikan diantara kepimpinan, pembangunan ekonomi dan keharmonian sosial ini maka satu kajian kes telah dijalankan di negeri Sabah, Malaysia. Bagi maksud tersebut pendekatan mixed method telah digunapakai bagi membolehkan data kualitatif diperolehi melalui rujukan sumber sekunder dan temubual dengan responden terpilih serta data kuantitatif dapat dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik yang dibentuk oleh penyelidik. Seramai 8 orang responden dipilih bagi sesi temubual untuk mendapatkan data kualitatif dan seramai 100 orang responden terpilih untuk memberikan maklumbalas menggunakan borang soal selidik yang dimaksudkan menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Berdasarkan analisis data kualitatif dan kuantitatif yang diperolehi ini adalah didapati bahawa sememangnya wujud perkaitan signifikan diantara kepimpinan, pembangunan ekonomi dan keharmonian sosial di Sabah, Malaysia. Menyedari hakikat ini adalah diharapkan pihak berwajib dapat merangka dan seterusnya melaksanakan pelbagai usaha bagi memperkukuhkan daya kepimpinan dalam kalangan pemimpin pelbagai peringkat di Sabah, Malaysia mahupun di tempat lain untuk memastikan pembangunan ekonomi dan keharminian sosial dapat terus diperkasa serta dilestarikan.

Item Type: Article
Keyword: Keharmonian Sosial, Kepimpinan, Malaysia, Pembangunan Ekonomi, Sabah
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia
H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 29 Feb 2024 10:29
Last Modified: 29 Feb 2024 10:29
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38405

Actions (login required)

View Item View Item