Erwan Shah Shamsiar (2010) Keberkesanan program pembelajaran pemakanan di kalangan pesakit Kencing Manis di Hospital Tuaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000529.pdf Download (3MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini adalah berkenaan keberkesanan pembelajaran pemakanan dl kalangan pesakit kencing manis yang telah diadakan di hospital Tuaran, bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan pemakanan mereka dan bagaimana ia mempengaruhi keadaan penyakit kencing manis mereka. Kajian yang dllakukan telah melibatkan 100 orang responden dalam lingkungan umur 20 hingga 60 tahun yang mana pemilihan mereka ini adalah berdasarkan kepada temujanji bersama kakitangan perubatan. Daripada jumlah ini, 66 orang adalah perempuan manakala responden lelaki adalah seramai 34 orang. Selaln penilaian tentang pengetahuan pesakit, tinjauan berkenaan tabiat makan dan sejarah diet mereka juga turut dilakukan. Responden telah dikategorikan kepada tiga kumpulan berdasarkan tahap kandungan gula dalam darah iaitu kategori ringan (12.0 -14.9 mmol/L) dengan 30 orang responden, sederhana (15.0 - 17.9 mmol/L) dengan 22 orang responden dan juga teruk (> 18.0 mmol/L) dengan 48 orang responden. Seterusnya, perbandingan min di antara kategori yang terlibat telah dijalankan begitu juga ujian bagi melihat kesignifikan data sebelum dan selepas program pendidikan diadakan. Melalui penilaian data, hasil menunjukkan bahawa terdapat kesan positif yang menyeluruh akibat daripada program pembelajaran pemakanan kencing manis yang diadakan. Ini ditunjukkan melalui min kandungan glukosa darah yang turun secara signifikan (ujian-t, p = 0.00) dari 18.686 ± 2.8 (mmol/L) kepada 16.605 ± 3.6 (mmol/L) untuk bacaan sebelum dan selepas program. Keberkesanan program pembelajaran dapat membantu pesakit kencing manis dalam mengawal tahap gula dalam darah.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Nutrition education, Diabetic patients, Diabetic, Tuaran Hospital, Sabah |
Subjects: | ?? RA0421 ?? |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 18 Apr 2012 18:17 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 11:08 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3841 |
Actions (login required)
View Item |