Geologi am dan pemetaan kejuruteraan geologi kawasan timur Bandar Sandakan

Garry Malo @ Paul (2006) Geologi am dan pemetaan kejuruteraan geologi kawasan timur Bandar Sandakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (2MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (38MB)

Abstract

Pemetaan kejuruteraan geologi dan kesesuaian pembangunan telah lama disifatkan sebagai salah satu aspek penting dalam bidang kejuruteraan geologi dalam menyediakan satu garis panduan sebelum usaha pembangunan dijalankan di sesuatu kawasan. Pemetaan kejuruteraan geologi bagi kawasan timur Bandar Sandakan adalah seluas 60km2 dan dibatasi oleh garis lintang 5° 48.7' U hingga 5 ° 53.7' U dan garis bujur 118 ° 03.8' T hingga 118 ° 07.7' T. Formasi Sandakan merupakan jujukan batuan sedimen dan terletak di atas Formasi Garinono secara ketakselarasan yang berusia Miosen Atas (Tf 1- Tf3). la boleh dicirikan dengan kehadiran selang lapis batu pasir, batu lumpur dan batu lodak. Unit batuan kedua ialah tuf volkanik yang merupakan endapan arka volkanik di bawah laut. la merupakan sebahagian daripada serpihan letusan gunung berapi iaitu piroklastik dan berusia sekitar Miosen Tengah dan fasies volkanik ini berada di bawah formasi Sandakan secara ketakselarasan. Unit batuan yang ketiga ialah endapan aluvium dan terletak di bawah pengendapan Formasi Sandakan dan berusia Pliosin-Kuartemer. Aluvium ini terendap dengan ketebalan sehingga 80 kaki dari atas paras laut dan menduduki sebelah utara kawasan kajian yang merupakan kawasan paya pasang-surut. Pemetaan geologi terain adalah berdasarkan lima atribut iaitu sudut cerun, kod terain, kod aktiviti, hakisan dan ketakstabilan serta jenis litup/tumbuhan. Daripada analisis peta kesesuaian pembangunan bagi kawasan timur Bandar Sandakan, didapati bahawa 72.5% kawasan kajian adalah dalam kelas I dan II, 7.5% dalam kelas III manakala kelas IV pula merangkumi 20% daripada kawasan kajian. lni bermakna 20% daripada kawasan kajian adalah tidak sesuai untuk pembangunan kerana mempunyai kekangan geoteknikal yang tinggi dan berisiko. Kawasankawasan yang dikelaskan sebagai kelas IV termasuklah Kg. Gelam, Kawasan Buli Sim Sim, kaki bukit Trig Hill, kaki bukit Jalan Leila, Tanah Merah dan beberapa bahagian kawasan berhampiran perkuburan cina Penghasilan peta-peta ini adalah berdasarkan 80% data cerapan di lapangan. Peta-peta tematik kejuruteraan geologi ini seharusnya dijadikan rujukan dan garis panduan sebelum suatu perancangan pembangunan diteruskan dengan mengambil kira faktor kekangan geoteknikal, kos kejuruteraan dan kekerapan pemantauan kawasan tanah projek.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Geologi, Pemetaan kejuruteraan geologi, Sandakan
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 05 Mar 2024 09:17
Last Modified: 23 Apr 2024 14:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38448

Actions (login required)

View Item View Item