Keberkesanan modul pendekatan projek menggunakan ecocampus UMS untuk pencapaian matematik awal kanak-kanak tadika

Alley Emison and Connie Shin @ Connie Cassy Ompok and Jusiah Idang and Musirin Mosin (2023) Keberkesanan modul pendekatan projek menggunakan ecocampus UMS untuk pencapaian matematik awal kanak-kanak tadika. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8. pp. 1-20. ISSN 2504-8562

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (41kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (386kB) | Request a copy

Abstract

Pencapaian awal kanak-kanak tadika dalam pendidikan Matematik awal semakin mendapat banyak perhatian dalam bidang pendidikan pada masa kini. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan modul pendekatan projek yang menggunakan EcoCampus UMS (Modul PPECUMS) untuk pencapaian Matematik awal kanak-kanak tadika. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang melibatkan seramai 40 orang kanak-kanak tadika di daerah Kota Kinabalu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Pencapaian Matematik awal (UPMA) serta Soalan Asas Geometri dengan nilai kebolehpercayaan sebanyak 0.94. Dapatan kajian bagi pencapaian Matematik awal kanak-kanak tadika bagi kumpulan kawalan yang menggunakan pengajaran kelas biasa (min=45.50) dan kumpulan rawatan yang menggunakan modul PPECUMS (min=45.75) berada pada tahap bawah purata semasa ujian pra. Selepas pelaksanaan pengajaran pula, kumpulan kawalan berada pada tahap purata (min=71.65) manakala kumpulan rawatan berada pada tahap atas purata (min=80.45). Keputusan daripada ujian-t bebas pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian Matematik awal antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan sebelum pelaksanaan pengajaran (p=0.22). Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian Matematik awal antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan selepas pelaksanaan pengajaran (p=0.00). Hasil kajian ini secara umumnya berupaya meningkatkan pencapaian Matematik awal bagi kanak-kanak tadika yang terlibat dalam kajian ini. Penggunaan modul PPECUMS telah memberikan implikasi secara umum kepada amalan pengajaran guru tadika dan prasekolah.

Item Type: Article
Keyword: Keberkesanan Modul Pendekatan Projek Ecocampus UMS Pencapaian Matematik Awal Kanak-kanak Tadika
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF636-637 Applied psychology
Q Science > QA Mathematics > QA1-939 Mathematics > QA1-43 General
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 06 Mar 2024 15:41
Last Modified: 06 Mar 2024 15:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38450

Actions (login required)

View Item View Item