Kelangsungan adat bertimbang komuniti bajau Kampung Bolong, Tuaran

Saidatul Sahirah Adam and Abang Mohd. Razif Abang Muis and Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin and Syamsul Azizul Marinsah and Saifulazry Mokhtar (2023) Kelangsungan adat bertimbang komuniti bajau Kampung Bolong, Tuaran. International Journal of Law, Government and Communication, 8. pp. 1-16. ISSN 0128-1763

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (58kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (437kB) | Request a copy

Abstract

Sebelum kedatangan agama Islam di Malaysia, kehidupan etnik Bajau majoritinya adalah berpaksikan kepada kepercayaan animisme. Seiring dengan peredaran zaman, telah berlaku pertembungan budaya antara agama Islam dengan kepercayaan nenek moyang masyarakat Bajau di Sabah, lalu disesuaikan mengikut situasi dan kepentingan semasa. Antara amalan yang masih wujud hingga kini ialah adat bertimbang iaitu satu upacara menimbang bayi yang dilahirkan pada bulan Muharam dan Safar. Masyarakat Bajau percaya bayi yang lahir pada bulan tersebut akan mengundang bencana kepada dirinya apabila dewasa kelak. Oleh itu upacara bertimbang dilakukan untuk memohon kepada Allah SWT agar dijauhkan bayi itu dari malapetaka sepanjang hidupnya. Persoalannya, mengapakah masyarakat Bajau masih mengekalkan adat tradisi nenek moyang ini? Berdasarkan kajian kes di Kg. Bolong, Tuaran, artikel ini mengungkap Faktor Kelangsungan Adat Bertimbang Komuniti Bajau Kampung Bolong, Tuaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Beberapa orang informan telah ditemu bual secara mendalam yang terdiri dari orang tua Kampung Bolong, Kampung Simpangan serta Kampung Pulau Gaya Asal. Dapatan kajian merumuskan ada dua faktor yang menyebabkan adat timbang masih diterima hingga kini. Pertama, adat timbang penting dari sudut penyembuhan rohani, dan kedua ialah, adat timbang telah diselarikan dengan akidah Islam.

Item Type: Article
Keyword: Amalan Tradisi, Bajau, Islam, Sinkretisme, Tulah
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 06 Mar 2024 15:42
Last Modified: 06 Mar 2024 15:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38454

Actions (login required)

View Item View Item