Penghasilan minuman soya campuran Pegaga dan daun pandan

Soo, Yi Wan (2005) Penghasilan minuman soya campuran Pegaga dan daun pandan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000534.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk menghasil dan membangunkan minuman soya yang berasaskan pegaga dan daun pandan. Pengformulasian untuk minuman soya campuran pegaga dan daun pandan adalah berasaskan pengubahsuaian dari segi peratusan ekstraksi jus pegaga dengan daun pandan dan peratusan gula di mana peratusan susu kacang soya adalah ditetapkan. Sebanyak 14 formulasi dibangunkan daripada gabungan nisbah pegaga dan daun pandan pada 100:0, 70:30, 60:40, 50:50, 40:60, 70:30 dan 0:100; gula pada kepekatan 11°Briks dan 13°Briks. Tiga formulasi yang mempunyai tahap penerimaan yang paling tinggi dipilih melalui ujian sensori pemeringkatan. Satu formulasi yang terbaik dipilih melalui ujian sensori skala hedonik. Formulasi 4 dipilih sebagai formulasi yang terbaik dengan nisbah ekstraksi pegaga dan daun pandan 70:30 dan kepekatan gula 13°Briks. Minuman soya yang terhasil mempunyai nilai warna L 67.72 pada kalorimeter Universal Hunter Lab Colour Quest II 10/D65, pH 6.94 ± 0.02, jumlah pepejal larut 13°Briks, kandungan protein sebanyak 2.84 ± 0.02%, kandungan lemak sebanyak 0.40 ± 0.10% dan kandungan serabut kasar sebanyak 0.23 ± 0.06%. Mutu simpanan produk akhir pada botol kaca selama 9 hari telah dikaji untuk menilai kestabilannya semasa penyimpanan menggunakan ujian fizikokimia, ujian mikrobiologi dan ujian penilaian deria. Sampel segar adalah bebas daripada pertumbuhan mikroorganisma untuk jumlah kiraan plat dan kiraan yis serta kulat. Sampel yang disimpan selama 9 hari menunjukkan kiraan sebanyak 4.3 x 10³ CFU/g bagi PCA dan sebanyak 4.8 x 10³ CFU/g bagi PDA pada hari penyimpanan ke-5. Tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) antara sampel penyimpanan pada hari ke-1 dan ke-3 dari segi ujian penilaian deria yang dilakukan kecuali untuk atribut after-taste. Ujian pengguna ke atas produk akhir menunjukkan sebanyak 71% pengguna menyukai produk ini dan 72% pengguna akan membeli produk minuman susu campuran pegaga dan daun pandan yang dihasilkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Soymilk, Soymilk with Pennywort, Centella asiatica (L.) urban, Pandan leaves
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 18 Apr 2012 18:14
Last Modified: 23 Oct 2017 11:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3846

Actions (login required)

View Item View Item