Kepentingan pengurusan kolam pancing bagi tujuan aktiviti memancing ikan terhadap masyarakat tempatan: Satu kajian literatur

Favlyne Marvina Anak Stanley and Jurry Foo @ Jurry Bt. F. Michael (2023) Kepentingan pengurusan kolam pancing bagi tujuan aktiviti memancing ikan terhadap masyarakat tempatan: Satu kajian literatur. Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB), 11. pp. 1-8. ISSN 2289-859X

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (57kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (275kB) | Request a copy

Abstract

Pada masa ini, aktiviti memancing ikan telah menjadi satu aktiviti yang dikomersilkan dalam bentuk memancing di kolam pancing. Terdapat beberapa isu timbul sehingga berlaku kewujudan kolam pancing antaranya adalah pencemaran air laut dan air sungai, isu keselamatan, keperluan modal yang tinggi untuk melakukan aktiviti memancing ikan di laut, kekangan dalam mengakses ikan di laut yang memerlukan permit dan kebenaran seiring dengan peningkatan bilangan pemancing dan kini, harga ikan di pasaran yang bertambah mahal. Oleh itu, kertas kerja ini membincang tentang kepentingan aktiviti memancing ikan di kolam pancing dalam kalangan masyarakat tempatan agar dapat membuktikan potensi aktiviti memancing di kolam pancing terhadap penghidupan masyarakat tempatan. Maklumat dalam kertas kerja ini adalah dikumpul melalui rujukan kajian-kajian lepas yang akan digunakan untuk memahami fenomena dan isu perkembangan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kolam pancing mampu memberi ruang kepada para pemancing untuk melakukan hobi mereka serta mereka juga mendapatkan sumber makanan yang berterusan. Pada masa yang sama, keadaan sedemikian turut memberi keuntungan kepada pengusaha kolam pancing sehingga mampu memperoleh pendapatan sampingan. Aktiviti memancing ikan juga memberi faedah dalam aktiviti pelancongan. Melalui aktiviti memancing ikan maka, ia mampu menarik pelancong ataupun orang luar untuk datang ke kolam pancing tersebut, Jadi, pengurusan ekosistem di kolam pancing sewajarnya perlu diberikan perhatian oleh semua orang kerana ia mampu memberi faedah dalam kehidupan manusia. Dengan keadaan tersebut maka, berlaku keseimbangan ekosistem yang sentiasa berterusan.

Item Type: Article
Keyword: Aktiviti Memancing, Ikan, Kepentingan Pengurusan, Kolam Pancing, Masyarakat Tempatan
Subjects: S Agriculture > SF Animal culture > SF1-1100 Animal culture > SF481-507 Poultry. Eggs
S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling > SH1-691 Aquaculture. Fisheries. Angling > SH401-691 Angling Including tackle, casting, methods of angling, angling for special kinds of fish
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 06 Mar 2024 15:44
Last Modified: 06 Mar 2024 15:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38460

Actions (login required)

View Item View Item