Kepercayaan bulan sial dalam masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah

Azmin Pullong and Saifulazry Mokhtar and Ros Aiza Mohd Mokhtar and Abd Hakim Mohad and Nurfarain Abdul Rahman (2023) Kepercayaan bulan sial dalam masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 8. pp. 1-9. ISSN 0128-1755

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (57kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (632kB) | Request a copy

Abstract

Masyarakat Bajau merupakan sebuah kelompok yang kaya dengan warisan khazanah budaya tradisonalnya. Kepelbagaian budaya yang subur ini tampil sebagai simbolik solidariti dan keprihatinan warga Bajau dalam mendepani cabaran kontemporari. Di samping itu, situasi positif ini ditambah dengan kesedaran masyarakat dalam memelihara warisan bernilai secara konsisten dan lestari menjadikan sesebuah pengamalan budaya itu terus subur seiring arus kemodenan. Menelusuri budaya dan kepercayaan bulan sial, boleh dikatakan bahawa amalan ini seolahnya hampir lenyap ditelan zaman. Namun, pada sisi yang lain, masih terdapat segelintir kelompok tegar dalam memelihara kelestariannya sehingga kini iaitu masyarakat Bajau di Kota Belud, Sabah. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji bentuk-bentuk kepercayaan dan pengamalan masyarakat Bajau dalam mendepani dua bulan yang dianggap sial iaitu bulan Muharam dan Safar. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual dan observasi (pemerhatian turut serta) dalam proses pengumpulan data. Informan yang dipilih adalah terdiri daripada golongan tua, ketua adat yang disifatkan sebagai orang yang berpengalaman luas dalam hal berkaitan adat. Kajian ini mendapati, terdapat beberapa bentuk kepercayaan dan pengamalan bulan sial yang boleh diketengahkan yang secara umumnya memberi gambaran bahawa manusia perlu memberi penghormatan dan pelayanan kepada makhluk supernatural yang dipercayai menjadi punca kesialan bulan Muharam dan Safar. Praktik ini perlu dilestarikan sebagai wadah dalam menjamin kerukunan hubungan dan keamanan kehidupan manusia sepanjang dua bulan terbabit.

Item Type: Article
Keyword: Bajau, Bulan Sial, Muharam, Safar, Supernatural
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 08 Mar 2024 12:01
Last Modified: 08 Mar 2024 12:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38462

Actions (login required)

View Item View Item