Pengesanan sempadan objek pada imej sinar-x menggunakan integrasi teknik entropi - canny

Jamil Lahani (2019) Pengesanan sempadan objek pada imej sinar-x menggunakan integrasi teknik entropi - canny. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (29MB)

Abstract

Pengesanan sempadan dalam sub bidang pemprosesan imej digital merupakan salah satu bidang segmentasi yang sangat mencabar dan berkembang seiring kemajuan teknologi moden. Kajian ini memfokuskan kepada permasalahan dalam bidang segmentasi perubatan sinar-x bagi menentukan sempadan di antara objek (tulang manusia) dengan latar belakang imej. Perbezaan intensiti piksel yang membentuk kawasan-kawasan yang berlainan perlu diekstrak agar ketidaknormalan terhadap struktur tulang manusia dapat dikesan pada peringkat awal diagnosis. Tesis ini membincangkan pengesanan sempadan pada imej sinar-x berskala kelabu menggunakan integrasi teknik Entropi - Canny (InTEC). Imej digital berskala kelabu diekstrak melalui konsep Entropi yang membahagikan nilai intensiti piksel kepada dua kawasan yang berbeza iaitu objek dan latar belakang imej. Teknik Entropi ditambahbaik bagi mengesan objek dan latar belakang imej melalui pendaraban nilai intensiti-Entropi dengan sisihan piawai kernel piksel yang dapat mengurangkan masalah kekaburan untuk membentuk kawasan objek dan latar belakang imej. Teknik Canny ditambahbaik bagi mengesan sempadan objek dengan meningkatkan intensiti piksel sempadan melalui operasi konvolusi penapis High-pass Gaussian untuk menghubungkan rangkaian piksel yang menghasilkan garisan sempadan yang lebih jelas dan tepat. Ujian PSNR dan SSIM dijalankan melihat keberkesanan sempadan yang dibentuk untuk mengurangkan masalah ketidaksinambungan garis sempadan yang dihasilkan. Nilai PSNR teknik InTEC merekodkan bacaan lebih tinggi dalam julat 1.10 - 7.50 dB iaitu peningkatan purata sebanyak 15.63% berbanding teknik Entropi dan Canny. Manakala nilai MSE teknik InTEC mencatatkan bacaan lebih rendah berbanding teknik Canny dan Entropi iaitu dalam julat 544.33-6556.44. Seterusnya peningkatan purata peratusan nilai SSIM yang dicatatkan teknik InTEC adalah 16.16% lebih tinggi berbanding teknik Entropi dan teknik Canny. Peningkatan ini menunjukkan kemampuan teknik InTEC mengesan garisan sempadan objek secara jelas dan tepat.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Sinar-x, Teknik entropi - canny, Imej digital
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA1-2040 Engineering (General). Civil engineering (General) > TA1501-1820 Applied optics. Photonics
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Apr 2024 15:26
Last Modified: 15 Apr 2024 15:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38497

Actions (login required)

View Item View Item