Roslan Gimba (2018) Penentu pertumbuhan faktor produktiviti keseluruhan sektor pembuatan di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (995kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (13MB) |
Abstract
Kajian ini memeriksa pertumbuhan TFP industri pembuatan di Malaysia dan 15 buah negeri di Malaysia bagi tempoh 1985-2015 menggunakan kaedah ujian non parametrik Data Envelopment Analysis (DEA) Indeks Pengeluaran Malmquist. Selanjutnya kajian ini memeriksa penentu kepada pertumbuhan TFP menggunakan kaedah Ordinary Least Square (OLS). Kajian ini berbeza dengan kajian-kajian sebelum ini di mana pemeriksaan tahap kecekapan dan penentu pertumbuhan industri pembuatan ini dilakukan di peringkat negeri-negeri di Malaysia dan sub sektor industri pembuatan di negeri Sabah. Hasil kajian ini mendapati pertumbuhan TFP industri pembuatan di Malaysia berada di bawah ta hap pengeluaran optimum. Di peringkat negeri didapati hanya industri pembuatan di negeri Johar, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berada di atas sempadan pengeluaran optimum. Seterusnya hasil ujian penentu mendapati modal mempengaruhi pertumbuhan TFP Malaysia, manakala perdagangan antarabangsa, pendidikan, inflasi, pembiayaan, syarikat asing dan perbelanjaan pembangunan tidak memberikan kesan signifikan kepada TFP industri pembuatan di Malaysia. Sebaliknya kajian di peringkat negerinegeri mendapati pendidikan dan syarikat asing signifikan mempengaruhi pertumbuhan TFP. Pendidikan mempengaruhi secara positif pertumbuhan TFP industri pembuatan di negeri Perak dan Sabah, namun secara negatif bagi negeri Johor, Kedah dan Selangor. Manakala syarikat asing mempengaruhi secara postif pertumbuhan TFP industri pembuatan di negeri Terengganu, namun secara negatif bagi negeri Kelantan dan Pa hang. Ujian penentu di peringkat sub sektor pembuatan mendapati syarikat asing dan perbelanjaan pembangunan mempengaruhi pertumbuhan TFP sebahagian daripada sub industri pembuatan di negeri Sabah. Kajian ini mengusulkan supaya polisi perindustrian di Malaysia ditambah baik dengan mengambilkira prestasi produktiviti bagi setiap negeri dan menggalakkan industri berpotensi tinggi di negeri Sabah.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Industri pembuatan, Produktiviti, Sektor Pembuatan |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial management > HD56-57.5 Industrial productivity |
Department: | FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 15 Apr 2024 15:28 |
Last Modified: | 15 Apr 2024 15:28 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38500 |
Actions (login required)
View Item |