Pendekatan pembangunan model regresi logistik multinomial

Diana Hassan (2017) Pendekatan pembangunan model regresi logistik multinomial. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (929kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Analisis data yang mempunyai pembolehubah bersandar berbentuk kualitatif melibatkan lebih daripada dua kategori dikenali sebagai Regresi Logistik Multinomial. Kajian ini bertujuan untuk membina pendekatan pembangunan model Regresi Logistik Multinomial. Model ini merupakan kesinambungan daripada model Regresi Berganda dan Binari Logit Berganda. Selain memperkenalkan pembolehubah tak bersandar berbentuk patung ( dummn, kombinasi pembolehubah patung interaksi tahap pertama turut dibuktikan dalam pendekatan ini. Prosedur ini menggunakan penyingkiran pembolehubah tidak signifikan secara progresif dalam fasa kedua yang melibatkan tiga jenis ujian iaitu ujian NPC/NPM, ujian Multikolinearan dan ujian Pekali. Penggunaan Pseudo R-Square yang terdiri daripada Cox & Snell, Nagelkerke dan McFadden dicadangkan sebagai penentu dalam membuat pemilihan model terbaik. Prosedur yang terpilih telah dikupas, ditunjukkan dan diterangkan secara terperinci dalam tesis ini. Penemuan yang ditonjolkan dalam kajian ini adalah pengesahan model terbaik yang dilakukan dengan menggunakan Peratusan Ralat Min Mutlak (MAPE) dan kaedah penganggaran data yang hilang. Kaedah penganggaran data hilang telah dikaji untuk memastikan model terbaik yang diperolehi memberi penggangaran nilai; pembolehubah bersandar dan ramalan yang lebih baik. Menerusi model terbaik daripada setiap kategori didapati bahawa pendekatan pembangunan model Regresi Logistik Multinomial telah diperkukuhkan. Selain itu, pembolehubah interaksi patung turut memberikan sumbangan dalam model terbaik bagi semua kategori pembolehubah bersandar.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Regresi logistik multinomial, Kategori pembolehubah bersandar, Pendekatan pembangunan model, Pseudo r-square, Mape, Penganggaran data hilang
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA1-939 Mathematics > QA273-280 Probabilities. Mathematical statistics
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Apr 2024 15:35
Last Modified: 15 Apr 2024 15:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38506

Actions (login required)

View Item View Item