Majid Khan bin Majahar Ali (2016) Kajian ciri pengeringan rumpai laut menggunakan sistem pengeringan suria berlengkuk-V. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (986kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (22MB) |
Abstract
Masalah kadar kelembapan yang tidak seimbang dalam pengeringan menimbulkan masalah yang serius terhadap harga yang tidak konsisten untuk industri rumpai laut. Kadar kelembapan yang berbeza ini disebabkan oleh kaedah pengeringan yang terpaksa bergantung kepada keadaan cuaca disamping keluasan kawasan yang terhad. Kaedah pengeringan ini banyak memberi kesan dari segi kualiti dan kuantiti rumpai laut yang dihasilkan. Walaupun terbukti bahawa pengering suria mampu mengurangkan masa pengeringan namun terdapat beberapa masalah khususnya dalam kecekapan sistem, peramalan data hilang atau tidak dapat diambil, ekonomik, pengurusan yang mudah disamping proses penyelenggaraan yang mudah. Maka, sistem pengering suria untuk pengeringan rumpai laut di Semporna, Sabah telah direkabentuk. Sejumlah 5 tan berat rumpai terhasil dari 10 tan basah dengan kandungan kelembapan awal air sekitar 92.68% asas berat basah dan menjadi 85.32% selepas proses sauna diaplikasikan. Daripada jumlah tersebut, 2.5 tan basah dimasukkan kedalam pengering suria dan 2.5 tan selebihnya dikeringkan secara tradisional (Pelantar). Analisis prestasi parameter pengering dilakukan dan peng ering suria mengambil masa selama 38 jam bagi sistem pengering suria manakala 114 jam diperlukan oleh pen gering konvensional disamping analisis tenaga dan eksergi turut dilaksanakan. Seterusnya, kajian interaksi parameter pengering berdasarkan hierarki berganda telah dijalankan dan mendapati bahawa faktor interaksi memainkan peranan penting dalam meramal dan menggangar data rizab dan hilang. Akhirnya, data hilang yang telah dikenalpasti dari penganalisaan sebelum ini digunakan dalam mengkaji ciri-ciri dan kinetik pengeringan bagi rumpai laut yang dikategorikan tumbuhan bukan higroskopik. Model yang melakukQn pemadanan terbaik adalah Yg dari sistem kebuk dan Y24 dari sistem konvensional menggunakan 28 model empirik. Hasil dapatan menunjukkan model sedia ada tidak melakukan penyuaian terbaik pada kedua-dua sistem. Seterusnya, rekabentuk model hibrid baru menggunakan interpolasi linear dilakukan dan sebanyak 364 model hibrid baru terbentuk. Model terbaik yang melakukan pemadanan terbaik adalah Y 14,16 dari sistem kebuk dan Y16,22 dari sistem konvensional. Hasil dapatan menunjukkan model hibrid baru melakukan penyuaian terbaik pada kedua-dua sistem. Kajian mendapati model pengeringan rumpai laut bagi sistem konvensional adalah model Y 14,1& dibandingkan dengan model asal iaitu Y 24 bagi sistem konvensional dengan kejituan 99.7%, dan nilai MBE dan RSME masing-masing 0.0023 dan 0.0214. Kajian mendapati bahawa model pengeringan rumpai laut bagi sistem solar yang sesuai adalah model Y 1&,22 dibandingkan dengan model asal iaitu Y g bagi sistem terbuka dengan kejituan 99.8%, dan nilai MBE dan RSME masing-masing 0.0013 dan 0.0114. Maka, dapatan kajian ini sangat penting dalam memastikan produk kering rumpai yang terhasil adalah berkualiti dengan pengering yang direkabentuk adalah bersifat tenaga dan eksergi yang efektif serta ekonomik disamping penggangaran data yang hilang atau tidak dapat diambil dapat dicari dan seterusnya menyediakan garis panduan untuk penyelidik, penanam serta pelabur dalam industri pengeringan rumpai laut dan akhirnya menetapkan harga yang konsisten dalam pasaran rumpai laut kering.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Pengeringan, Prestasi pengering, Pemodelan, Kinetik pengeringan |
Subjects: | S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling > SH1-691 Aquaculture. Fisheries. Angling > SH201-399 Fisheries > SH388.7-391.5 Algae culture |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 29 Apr 2024 10:38 |
Last Modified: | 29 Apr 2024 10:38 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38562 |
Actions (login required)
View Item |