Ketoksikan makanan dalam bentuk alergi atau alahan di kalangan masyarakat Melayu-Brunei di daerah Papar, Sabah

Noorfuzieanna Bakhtiar (2010) Ketoksikan makanan dalam bentuk alergi atau alahan di kalangan masyarakat Melayu-Brunei di daerah Papar, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000511.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk meninjau masalah alergi atau alahan terhadap makanan di kalangan masyarakat Melayu-Brunei di daerah Papar, Sabah. Kaedah utama yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Jumlah responden yang diperolehi dalam kajian penyelidikan ini adalah seramai 380 orang yang terdiri daripada 61% perempuan dan 38.9% lelakl. Responden yang terpilih adalah berumur di antara 12 hingga 55 tahun yang dlkategorikan kepada 5 kelas umur iaitu 12-20, 21-30, 31-40, 41-50 dan 51-55 tahun. Didapati kebanyakan responden memahami Istilah alergi (p<0.05) yang merangkumi 61.3% dan hanya 38.7% sahaja yang tidak memahaminya. Sebanyak 54.7% responden yang ditinjau menyatakan bahawa mereka mengalami alergi kepada pelbagai jenis substrat Keputusan menunjukkan 29.2% responden yang mengalami alergi adalah alergi terhadap makanan (p<0.05). Makanan merupakan substrat utama yang mencetuskan alergi iaitu dengan peratus kekerapan yang tertinggi (51.8%) secara signiflkan (p<0.05). Kumpulan utama makanan yang kerap mencetuskan alergi di kalangan masyarakat Melayu-Brunei di daerah Papar adalah kumpulan makanan laut dengan peratus kekerapan tertinggi 38.70/0 secara signifikan (p<0.05). Simptom yang paling kerap dialami oleh responden yang mengalaml alergi adalah kegatalan atau pembengkakan pada bahagian kulit dengan peratus kekerapan tertinggi 46.25% secara signifikan (p<0.05). Rawatan yang paling kerap diambil oleh mereka yang mengalami alergi terhadap makanan adalah rawatan moden iaitu dengan kekerapan 55.38% secara signifikan (p<0.05). Daripada 111 orang responden yang mengalaml alergi makanan, 59.5% mendakwa mereka membaca label makanan sebelum membeli makanan berbungkus (p<0.05). Sebanyak 34.2% responden berpendapat bahawa terdapat kaltan membaca label makanan dengan pengurangan masalah alergi terhadap makanan (p<0.05). Secara kesimpulannya, kebanyakan masyarakat Melayu-Brunei mengalami masalah alergi terutamanya alergi terhadap makanan. Mereka yang mengalami masalah alergi didapati memahami Istilah alergi dan berpendapat bahawa terdapat kaitan membaca label makanan dengan pengurangan masalah alergi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Allergy problems, Food toxicity, Food intake, Malay-Brunei community in Papar, Sabah
Subjects: R Medicine > RC Internal medicine > RC31-1245 Internal medicine > RC581-951 Specialties of internal medicine > RC581-607 Immunologic diseases. Allergy
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Apr 2012 15:48
Last Modified: 23 Oct 2017 11:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3859

Actions (login required)

View Item View Item