Saidatul Badru Mohd. Said and Mohd. Sohaimi Esa and Ismail Ali and Saifulazry Mokhtar and Irma Wani Othman (2023) Menyingkap sumbangan Tun Mohd. Said Keruak dalam perkembangan politik di Sabah, Malaysia. International Journal of Law, Government and Communication, 8. pp. 1-15. ISSN 0128-1763
Text
ABSTRACT.pdf Download (37kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (308kB) | Request a copy |
Abstract
Tun Mohd. Said Keruak merupakan anak jati negeri Sabah yang lahir di Kg. Kota Belud dan telah berkecimpung dalam arena politik di Malaysia, khususnya di negeri Sabah. Sebagai seorang watak penting dalam dunia politik di Sabah, Tun Mohd. Said Keruak telah memainkan peranan yang signifikan dalam perkembangan politik di negeri ini. Namun demikian, perbincangan tentang kesignifikanan sumbangan Tun Mohd. Said Keruak dalam perkembangan politik di Sabah masih kurang diberikan penekanan dalam kalangan sarjana tempatan mahupun antarabangsa. Ini menyebabkan pemahaman umum tentang aspek tersebut masih lemah dan berada di takuk yang tidak sewajarnya. Menyedari hakikat ini maka kertas kerja ini ditulis bagi tujuan menjelaskan tentang sumbangan Tun Mohd. Said Keruak dalam perkembangan politik di Sabah. Kaedah kualitatif iaitu melalui rujukan pelbagai sumber sekunder dan temubual dengan responden terpilih digunakan bagi mendapatkan maklumat yang dimaksudkan dengan menumpukan kepada sumbangan Tun Mohd. Said Keruak dalam perkembangan politik Sabah mengikut jalur masa sejak Tun Mohd. Said Keruak berada di Kg. Kota Belud sehinggalah beliau menduduki Istana Negeri sebagai seorang Tuan Yang Terutama (TYT). Kertas kerja ini mendapati bahawa Tun Mohd. Said Keruak sebagai seorang yang berlatar belakangkan kehidupan serta nilai budaya kampung telah menyumbang secara signifikan dalam perkembangan politik Sabah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Kepimpinan, Kota Belud, Politik, Sabah, Tun Mohd. Said Keruak |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History J Political Science > JA Political science (General) > JA1-92 Political science (General) |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 02 May 2024 16:46 |
Last Modified: | 02 May 2024 16:46 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38599 |
Actions (login required)
View Item |