Menyingkap tabir budaya sedekah sebagai satu pendekatan dalam konsep al-falah keusahawanan islam

Saifulazry Mokhtar and Kasoma Thia and Mohd Sohaimi Esa and Mohd Azri Ibrahim and Mohd Nasrun Mohd Talib5 (2023) Menyingkap tabir budaya sedekah sebagai satu pendekatan dalam konsep al-falah keusahawanan islam. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 8. pp. 1-15. ISSN 0128-164X

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (40kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (609kB) | Request a copy

Abstract

Sedekah merupakan salah satu instrumen kewangan Islam yang fleksibel dan universal. Ia tidak boleh digariskan dan ditentukan kepada siapa yang perlu diberikan dan apakah bentuk sedekah yang paling sesuai. Sesungguhnya sedekah itu boleh diberikan dalam apa-apa bentuk, kepada siapa yang diingini serta boleh dilaksanakan pada bila–bila masa dan di mana sahaja. Sedekah juga merupakan salah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Ini jelas terbukti dengan adanya ayat-ayat al-Quran dan hadis yang membicarakan tentang kelebihan bagi orang-orang yang melakukan sedekah. Sedekah juga merupakan satu indikator utama dalam menuju konsep al-Falah keusahawanan Islam sepertimana yang telah diaplikasikan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Justeru, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menyingkap tabir budaya sedekah sebagai salah satu pendekatan dalam konsep al-Falah keusahawanan Islam pada masa kini. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan melihat kepada ayat-ayat al-Quran dan hadis serta kajian-kajian lepas berkaitan dengan konsep sedekah dalam skop keusahawanan Islam. Hasil dapatan kajian menemui enam bentuk sedekah yang telah digarapkan oleh Islam seperti mengucap tasbih, tahlil dan tahmid, melakukan amal makruf dan mencegah kemungkaran, mengucap salam, bekerja dan memberi nafkah kepada keluarga, meringankan beban orang lain dan menziarahi orang sakit. Kajian ini turut mengupas berkaitan dengan keutamaan orang yang berhak menerima sedekah serta hikmah dan kelebihan bagi orang yang bersedekah. Oleh itu, hubungan budaya sedekah ini adalah sangat erat dengan konsep al-Falah dalam keusahawanan Islam dan perlu diterapkan oleh setiap usahawan Muslim

Item Type: Article
Keyword: Budaya Sedekah, Konsep Al-Falah, Keusahawanan Islam, Sedekah
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business
H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5387-5387.5 Business ethics
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 02 May 2024 16:47
Last Modified: 02 May 2024 16:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38606

Actions (login required)

View Item View Item