Status pemakanan kanak-kanak prasekolah berbahasa Cina di Tadika Yuk Yu Likas, Kota Kinabalu

Git, Jubie Tse Yean (2009) Status pemakanan kanak-kanak prasekolah berbahasa Cina di Tadika Yuk Yu Likas, Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000513.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Satu kajian keratan rentas telah dijalankan untuk menilai pemakanan kanak-kanak prasekolah berbangsa Cina di Tadika Yuk Yu Likas, Kota Kinabalu. Persampelan bertujuan digunakan dan kriteria inklusif adalah kanak-kanak berumur 4 hingga 6; sihat ; berbangsa Cina ; Ibu yang telah bersetuju untuk menyertai secara bertulis dan membenarkan anak mereka yang menyertai kajian ini melalui borang persetujuan (n=75; lelaki=33, perempuan=42). Intrusmentasi digunakan merangkumi temubual dengan subjek ibu tentang latar belakang keluarga, kaedah ingatan diet 24 jam gandaan tiga yang lepas, kaedah kekerapan pengambilan makanan dan pengetahuan pemakanan ibu serta ukuran antropometri. Data kajian yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Nutrical versi 1.01 dan SPSS versi 12. Didapati 43 (23.4%) kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan, 1 (0.5%) yang kebantutan, 13 (7.1%) berisiko berlebihan berat badan, 7 (3.8%) yang berlebihan berat badan dan 121 (65.8%) yang normal. Dalam data 24 jam, tenaga, kalsium dan niasin didapati kurang daripada cadangan RNI bagi lelaki dan perempuan. Ujian-T tak berpasangan dan Ujian Mann-Whitney menunjukkan nutrien yang berbeza secara signifikan antara jantina adalah lemak (p=0.01) dan kalsium (p=0.025). Dalam data kekerapan pengambilan makanan, semua nutrien bagi lelaki dan perempuan didapati melebihi cadangan RNI kecuali kalsium. Didapati tenaga (p=0.045), protein (p=0.001) dan lemak (p=0.009) menunjukkan perbezaan signifikan antara jantina. Min skor pengetahuan pemakanan ibu adalah 16.19±2.6 markah yang diklasifikasikan tinggi. Ujian kolerasi Spearman's rho menunjukkan sosiodemografi terpilih (p>0.05) dan skor pengetahuan pemakanan ibu didapati tidak menunjukkan perkaitan signifikan dengan IJT kanak-kanak (rs=0.168, p=0.149). Skor pengetahuan pemakanan ibu juga tidak mempunyai perbezaan signifikan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan (p=0.672). Peratusan makanan tertinggi yang dimakan dalam setiap hari adalah nasi (100%), ayam (56%), ikan tawar dan ikan laut (6.7%), kekacang (80%), telur ayam (17.3%), susu tepung (82.7%), epal (20%), sayur berdaun hijau (78.7%), gula (25.3%), biskut (38.7%) dan kaya dan mentega (5.3%).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Nutritional status, Nutritional knowledge, Chinese Preschoolers, Yuk Yu Kindergarden Likas, Kota Kinabalu, Sabah
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Apr 2012 17:24
Last Modified: 23 Oct 2017 11:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3861

Actions (login required)

View Item View Item