Pendekatan rahmah dalam kepimpinan politik Tun Sakaran Dandai

Mohd Nasrun Mohd Talib and Saifulazry Mokhtar and Mohd Sohaimi Esa and Jelani Hamdan (2023) Pendekatan rahmah dalam kepimpinan politik Tun Sakaran Dandai. International Journal of Law, Government and Communication, 8. pp. 1-18. ISSN 0128-1763

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (35kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (410kB) | Request a copy

Abstract

Rahmah merupakan satu pendekatan yang merujuk kepada makna kasih sayang dan bersifat ihsan yang diterjemah dalam kehidupan. Dalam konteks kepimpinan yang baik, penerapan rahmah satu elemen penting bagi mencapai hasil yang diinginkan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Tun Sakaran Dandai merupakan tokoh politik Sabah berpengaruh berasal dari daerah Semporna telah berjaya mengetengahkan ajaran Islam secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat melalui kepimpinan. Penglibatan Tun Sakaran dalam kepimpinan politik pada peringkat tertinggi nyata memberi impak dari sudut pembawaan syiar Islam sehingga beliau dikenali seba gai seorang tokoh bersifat tawaduk, rendah diri dan satu-satunya pemimpin politik Sabah yang mencorak politiknya berserta dengan kekuatan agama. Di dalam penulisan ini pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual bersama ahli politik, penduduk setempat yang rapat dan menganalisis dokumen melalui sumber bertulis seperti buku-buku, jurnal dan laporan bertulis. Melalui penulisan ini dapat dilihat bagaimana Tun Sakaran Dandai mengaplikasikan pendekatan rahmah dalam berpolitik.. Skop utama dalam p enulisan ini diteruskan dengan meninjau penjelasan tentang pendekatan dan kriteria - kriteria yang telah diaplikasikan oleh Tun Sakaran Dandai dalam memanifestasikan rahmah sebagai wadah dalam perjuangan politik di samping mengangkat syiar agama. Justeru, ha sil dapatan ini jelas membuktikan bahawa beliau merupakan contoh pemimpin politik yang berhasil menunjukkan kewibawaan berpolitik disaluti dengan pendekatan rahmah dan perlu diteladani oleh pemimpin-pemimpin masyarakat yang ada pada masa kini.

Item Type: Article
Keyword: Kepimpinan, Pendekatan Rahmah, Politik, Tun Sakaran Dandai.
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History
J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-1852 Asia
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 13 May 2024 15:36
Last Modified: 13 May 2024 15:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38670

Actions (login required)

View Item View Item