Siti Halimah Putung and Siti Nurul Aishah Abdul Hamid and Nur Shafiekah Sapan and Siti Aishah Ramli (2023) Tinjauan awal penerapan elemen pembelajaran vark dalam teknik pembelajaran dan hafazan al-quran di Malaysia. International research Journal of shariah, muamalat And islam, 6. pp. 1-16. ISSN 26828553
Text
ABSTRACT.pdf Download (40kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (307kB) | Request a copy |
Abstract
Pengajian tahfiz kini menjadi pilihan ibu bapa bagi anak-anak mereka mendapatkan pendidikan. Kesedaran umat Islam mengenai kelebihan dan kebaikan yang diperolehi dari hafazan al-Quran mendorong ibu bapa untuk menempatkan anak-anak mereka ke sekolah-sekolah atau pusat-pusat tahfiz. Walau bagaimanapun mengambil aliran atau pengajian tahfiz tidak semudah yang disangkakan kerana proses penghafazan al-Quran memerlukan penumpuan dan disiplin yang tinggi. Lantaran itu, tidak sedikit pelajar tahfiz yang gagal menamatkan hafazan al-Quran mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Oleh itu, pemilihan metod dan gaya pembelajaran pelajar sangat penting bagi memastikan proses menghafaz al-Quran dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Strategi pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran pelajar boleh meningkatkan motivasi dan pencapaian prestasi pelajar. Strategi pembelajaran VARK misalnya terbukti dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap sesuatu pelajaran termasuk dalam menghafaz ayat-ayat al-Quran. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen pembelajaran VARK dalam teknik pembelajaran dan hafazan alQuran yang diaplikasi di pusat-pusat atau sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia. berdasarkan kepada kajian-kajian lepas. Kajian ini menggunakan metod kualitatif dalam menganalisis kajian-kajian lepas berkenaan isu ini. Berdasarkan analisis yang dibuat, kajian ini mendapati bahawa pusat dan sekolah tahfiz di Malaysia masih menerapkan teknik tradisional, meskipun begitu tiga elemen VARK turut diaplikasikan dalam teknik pembelajaran dan penghafazan al-Quran iaitu auditori, membaca dan menulis. Hasil kajian ini signifikan dalam membantu guru mengaplikasikan kaedah pembelajaran dan hafazan yang sesuai untuk memadankan gaya pembelajaran pelajar bagi meningkatkan keupayaan dan prestasi pelajar dalam menghafaz al-Quran. Dapatan kajian juga dapat digunapakai dalam meneruskan kajian susulan untuk memahami lebih mendalam pengaplikasian kaedah VARK dalam meningkatkan proses penghafazan ayat-ayat Al-Quran di pusat-pusat dan sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Strategi Pembelajaran VARK, Teknik Hafazan, Al-Quran, Malaysia |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP174-190 The practice of Islam > BP188-190 Islamic religious life |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 14 May 2024 15:29 |
Last Modified: | 14 May 2024 15:29 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38671 |
Actions (login required)
View Item |