Penerapan etika islam dan pematuhan konsep ‘summum bonum’ oleh pelanggan dalam perniagaan homestay patuh syariah di Sabah

Suhailah Abdul Muin and Mohd Nor Azan Abdullah and Norcikeyonn Samuni (2023) Penerapan etika islam dan pematuhan konsep ‘summum bonum’ oleh pelanggan dalam perniagaan homestay patuh syariah di Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 8. pp. 1-16. ISSN 0128-1755

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (43kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (375kB) | Request a copy

Abstract

Islam adalah cara hidup dan di dalamnya terdapat langkah-langkah ber-muamalah (usaha dan perniagaan) agar tujuannya memenuhi (syariah) seterusnya memperolehi pendapatan (rezeki) yang berkat. Salah satu perniagaan yang boleh dilaksanakan dengan menerapkan etika islam adalah dalam bidang pelancongan iaitu perkhidmatan penginapan Homestay Patuh Syariah. Pelancongan di dalam Islam merupakan satu ibadah di mana ianya perlu dilaksanakan dengan niat dan tujuan yang baik untuk mengelakkan perkara yang dilarang oleh syarak. Pencegahan terhadap perkara-perkara yang dilarang oleh Islam (mafsada) terkait dengan etika seseorang individu yang membawa kepada ‘Summum Bonum’ iaitu prinsip kebaikan tertinggi. Hal ini selaras dengan usaha memperkasakan Model Homestay Patuh syariah di Sabah yang mana setiap pengusaha penginapan perlu menekankan kepentingan pematuhan ciri-ciri etika dalam kalangan pelanggan. Terdapat empat (4) ciri-ciri dalam aspek etika pelanggan yang diketengahkan dalam kajian ini iaitu penginap berpakaian yang menutup aurat, menjaga adab dan akhlak, penginapan dalam kalangan mahram, dan sentiasa menjaga kebersihan diri dan ruang penginapan. Fokus dalam kertas kerja berkonsepkan inovasi idea ini adalah untuk menjelaskan asas etika islam dalam menjalankan perniagaan, meneliti pematuhan ciri-ciri etika pelanggan di homestay yang terpilih dan mencadangkan inovasi idea dalam pendefinisian konsep ciri-ciri etika pelanggan dan penginap dalam konteks patuh syariah. Kajian ini dilaksanakan di tiga puluh (30) buah homestay sekitar Kota Kinabalu, Kundasang dan Semporna, Sabah. Kaedah utama yang digunakan bagi mendapatkan data kajian adalah menggunakan teknik temubual dan juga penggunaan soal selidik (senarai semak) ketika lawatan di lapangan. Hasil kajian mendapati bahawa keempat- empat ciri yang diketengahkan tidak mencapai pengaplikasian secara total. Justeru, penekanan terhadap prinsip ‘Summum Bonum’ dalam usaha pemerkasaan homestay patuh syariah perlu diusahakan secara optimum oleh pihak pengusaha homestay dan juga para penginap agar matlamat mencapai keredhaan Allah SWT dapat dimanifestasikan secara sempurna.

Item Type: Article
Keyword: Summum Bonum, Etika Islam, Pelanggan, Homestay Patuh Syariah, Pelancongan Islam
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General)
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 15 May 2024 11:24
Last Modified: 15 May 2024 11:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38672

Actions (login required)

View Item View Item