Pengalaman peniaga pasar tamu di luar bandar sabah semasa pandemik Covid-19 dan isu kemiskinan digital

Nur Firzana Binti Rosman and Kee Y. Sabariah Binti Kee Mohd Yussof (2023) Pengalaman peniaga pasar tamu di luar bandar sabah semasa pandemik Covid-19 dan isu kemiskinan digital. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 8. pp. 1-16. ISSN 0128-1755

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (39kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (272kB) | Request a copy

Abstract

Pelaksanaan kawalan pergerakan (PKP) semasa pandemik covid-19 telah menyaksikan penutupan aktiviti perniagaan di Pasar Tamu Sabah, perubahan drastik yang dialami oleh peniaga telah memberi kesan pengalaman yang berbeza-beza kepada peniaga dan memerlukan inovasi perniagaan dilakukan. Namun bagi peniaga luar bandar dan bekerja dari rumah untuk menjalankan perniagaan atas talian sering berhadapan dengan masalah untuk bersaing dalam dunia digital, walaupun semasa pkp yang memperlihatkan aktiviti perniagaan secara fizikal terpaksa diberhentikan dan peniaga tidak mempunyai pilihan lain sehingga perlu beralih kepada perniagaan atas talian (Arif et al., 2020) . Hasil temu bual bersama sepuluh orang informan yang berniaga di kawasan pasar tamu Kota Belud, Kudat dan Sipitang, mendapati pengalaman semasa tempoh PKP dilaksanakan jelas memperlihatkan kerugian yang amat besar dialami oleh peniaga-peniaga tersebut, hal ini disebabkan oleh ketiadaan punca pendapatan dan produk jualan mengalami kerosakan akibat penutupan pasar tamu. Justeru itu, isu kemiskinan digital jelas terlihat di kalangan peniaga pasar tamu kerana tidak semua peniaga mampu menjadikan perniagaan atas talian sebagai suatu strategi alternatif untuk menjana pendapatan semasa aktiviti peniagaan di kawasan pasar tamu dihentikan akibat PKP. Ketiadaan motivasi untuk berinovasi dalam mengubah aktiviti perniagaan telah menyebabkan peniaga pasar tamu selesa hanya menunggu pembukaan pasar tamu untuk mereka memulakan perniagaan secara fizikal

Item Type: Article
Keyword: Pasar Tamu Sabah, Kemiskinan Digital, Inovasi perniagaan, Perniagaan atas talian, Covid-19
Subjects: H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography > HB522-715 Income. Factor shares > HB615-715 Entrepreneurship. Risk and uncertainty. Property
H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5469.7-5481 Markets. Fairs
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 15 May 2024 11:25
Last Modified: 15 May 2024 11:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38673

Actions (login required)

View Item View Item