Penggunaan “M Doh” dalam membantu murid menghasilkan corak pualaman yang jelas dan menarik The use of "M Doh" in helping students produce clear and interesting marble patterns

Yek Rong Ing and Humin Jusilin and Zaimie Sahibil (2023) Penggunaan “M Doh” dalam membantu murid menghasilkan corak pualaman yang jelas dan menarik The use of "M Doh" in helping students produce clear and interesting marble patterns. Gendang Alam, 13 (1). pp. 1-12. ISSN 2180-1738

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (40kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (795kB) | Request a copy

Abstract

Penyelidikan tindakan yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji sama ada penggunaan “M Doh” dalam membantu murid Tahun 4 menghasilkan corak pualaman yang jelas dan menarik yang serupa dengan batu marmar. Seramai 3 orang murid di sebuah sekolah jenis kebangsaan daerah Miri, Sarawak telah dijadikan sebagai responden penyelidikan tindakan ini. Konsep bermain sambil belajar turut diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti pualaman dengan menggunakan “M Doh” supaya murid mudah mengenal unsur seni dan meningkatkan minat mereka. Kajian ini dijalankan berdasarkan kaedah kualitatif dengan menggunakan instrumen pemerhatian, senarai semak, rakaman video dan temu bual untuk mengumpul data yang berkaitan dan kemudian dianalisis untuk mengesahkan keberkesanan pengguanaan “M Doh”. Instrumen ujian diagnostik dan analisis dokumen dipilih adalah untuk mendapatkan data dalam kajian ini manakala pemerhatian dan temu bual adalah untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian yang didapati. Semua data dan maklumat telah dikumpul, dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Hasil karya menunjukkan berbeza yang ketara sebelum dan selepas menjalani rawatan. Dapatkan kajian mendapati hasil pualaman adalah lebih cantik dan menarik selepas menjalani rawatan.

Item Type: Article
Keyword: corak pualaman, minat murid, pendekatan “M Doh”, pembelajaran seni
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general
N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general > NX440-632 History of the arts
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 15 May 2024 11:26
Last Modified: 15 May 2024 11:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38675

Actions (login required)

View Item View Item