Pengurusan kraftangan tradisi etnik dusun tindal di Sabah.

Salbiah Kindoyop and Nurul Aisyah Othman (2023) Pengurusan kraftangan tradisi etnik dusun tindal di Sabah. Gendang Alam, 13 (2). pp. 1-13. ISSN 2180-1738

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (37kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Etnik Dusun Tindal merupakan salah satu rumpun Kadazandusun yang menetap di daerah Kota Belud Sabah. Etnik ini kaya dengan amalan budaya dan adat tradisi yang masih diwarisi sehingga kini. Antara warisan yang masih diamalkan adalah penghasilan seni kraf tangan tradisi. Daerah Kota Belud yang kaya dengan sumber alam seperti pokok bambu, rotan, tumbuhan dan tanah liat menjadi pendorong kepada masyarakatnya untuk menghasilkan produk-produk kraf tangan tradisi yang bersumberkan alam semula jadi. Antara seni kraf tradisi yang dihasilkan adalah bakul nurod dan sisiri, wakid, basung, sirung, barait, kinulung, kobog dan kuron. Penghasilan produk kraf tradisi ini melalui proses pengurusan daripada tukang kraf sehinggalah proses penjualan yang melibatkan pengusaha dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Sabah. Ketiga-tiga kumpulan ini saling berperanan dalam pengurusan Kraftangan dalam penghasilan produk, penjualan, pemasaran dan pengkomersialannya. Kajian yang berasaskan kerja lapangan dilakukan melalui pemerhatian dan temu bual untuk mengumpul maklumat kraftangan etnik Dusun Tindal Kota Belud dengan memberi tumpuan kepada tukang kraf, pengusaha kraf dan peranan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Sabah. Hasil analisis mendapati bahawa tukang kraf, pengusaha kraf serta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Sabah adalah kumpulan yang terlibat dalam pengurusan seni kraf tradisi ini. Oleh itu, pengkaji merumuskan bahawa pengurusan seni kraftangan dalam kajian ini penting untuk dokumentasi ke arah inovasi dan kemajuan hasil produknya.

Item Type: Article
Keyword: Pengurusan seni, Kraftangan, Etnik, Budaya, Dusun Tindal
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD2321-4730.9 Industry > HD2340.8-2346.5 Small and medium-sized businesses, artisans, handicrafts, trades
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 17 May 2024 13:56
Last Modified: 17 May 2024 13:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38700

Actions (login required)

View Item View Item