Peranan media digital dalam dakwah kontemporari bagi membentuk kesepaduan nasional masyarakat di Malaysia

Saifulazry Mokhtar and Kasoma Thia and Mohd Sohaimi Esa and Mohd Azri Ibrahim and Mohd Nasrun Mohd Talib (2023) Peranan media digital dalam dakwah kontemporari bagi membentuk kesepaduan nasional masyarakat di Malaysia. International Journal of Law, Government and Communication, 8. pp. 1-14.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (39kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (302kB) | Request a copy

Abstract

Seruan dakwah terhadap kehidupan bermasyarakat perlu dijalankan oleh setiap Muslim. Kaedah dan manhaj dakwah yang diaplikasi oleh seseorang Muslim itu perlulah menepati citarasa golongan Mad’u serta sesuai dengan perkembangan globalisasi kini. Pendekatan dakwah kontemporari perlu diketengahkan bagi mewujudkan hubungan baik dalam membentuk satu kesefahaman antara etnik, sesuai dengan masyarakat majmuk di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat peranan media digital dalam menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum untuk saling menerima pandangan dan buah fikiran masyarakat lain dalam sesuatu perkara. Selain itu, kajian ini juga turut melihat faktor-faktor yang menjadi kekangan kepada media kontemporari dalam membentuk kesepaduan n asional di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen iaitu melihat kajian-kajian lepas berkaitan dengan peranan media digital dan dakwah kontemporari dalam membentuk kesepaduan nasional masyarakat di Malaysia. Hasil kajian mendapati terdapat empat peranan media digital dalam dakwah kontemporari iaitu menjangkau bilangan pendengar yang lebih banyak, serampang dua mata dalam kalangan masyarakat, berkongsi dan bertukar pendapat dengan individu dari pelbagai latar belakang dan dakwah kontemporari mudah diterima oleh golongan saudara baharu. Dari aspek kekangan media digital dalam dakwah kontemporari pula, pengkaji menemui empat kekangan utama dalam membentuk kesepaduan nasional iaitu ketiadaan peranti dalam mengakses media massa, kurang pengetahuan dalam cara penggunaan teknologi, kandungan video yang terlalu bebas serta fakta agama yang salah dan tidak tepat. Oleh itu, pada pendakwah seharusnya menyiapkan diri terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam kancah dakwah agar usaha dakwah yang dija lankan tersebut mencapai matlamat dengan jayanya.

Item Type: Article
Keyword: Dakwah, Dakwah Kontemporari, Kesepaduan Nasional, Masyarakat, Media Digital, Teknologi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP174-190 The practice of Islam > BP188-190 Islamic religious life
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics > P87-96 Communication. Mass media
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 17 May 2024 14:00
Last Modified: 17 May 2024 14:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38703

Actions (login required)

View Item View Item